Tuesday, October 10, 2017

Beguk Boleh Berjangkit



Masa saya sekolah rendah dulu saya pernah mengalami penyakit beguk. Biasa orang tua-tua sebut bengkak cantik mungkin nak jaga hati orang yang sakit tu kan...hihihi. Ada jugak yang panggil bengkak beruk, yang ni saya tak pasti sebabnya tapi agak memalukan nak keluar rumah sebab nampak muka bengkak sebelah macam cacat jer rasa. Jadi apa sebenarnya beguk ni?

Apakah itu beguk?

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk? 


Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering dan hilang selera
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)? 

Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
  • Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
  • Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
  • Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
  • Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
  • Pekak

Bagaimanakah ia dirawat?

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
  • Mengambil lebih minuman untuk penghidratan tetapi elakkan meminum jus yang berasid yang merangsang kelenjar air liur.
  • Tuam tuala panas atau sejuk pada bahagian kelenjar yang bengkak untuk melegakan kesakitan.
  • Makan makanan lembut (tidak perlu banyak kunyah).
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Bolehkah ia dicegah?

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

Petua Atasi Beguk

Arwah tok saya dulu gunakan cuka makan dicampurkan dengan nila baju untuk rawat penyakit beguk saya Caranya sapukan campuran cuka dan nila tersebut kat bahagian kelenjar yang membengkak. Terasa sejuk jer bahagian tu jadi boleh redakan rasa sakit akibat bengkak. Dan Alhamdulillah ianya berkesan untuk saya.

Supplement Membantu Pesakit Beguk 

1. Krim Herbal Blend 

Membantu meredakan kesakitan akibat kesan bengkak. Krim yang tidak berminyak ini mempunyai sifat menyejukan dan nyaman, amat sesuai disapu bagi dibahagian yang sakit. 

2. Nutriferon

Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

3. Garlic

Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida Ia juga dapat membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.

Berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com     
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
       
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive