Thursday, July 13, 2017

Akhirnya Berjaya Hamil Selepas Hampir 6 Tahun Berusaha (TTC)

Testimoni ini diambil dari blog nadiamusa.net. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada semua pasangan agar jangan berputus asa untuk mencari ikhtiar agar hamil. Semoga Allah mengurniakan zuriat yang soleh buat anda...insyallah.


Entri kali ini adalah perkongsian kisah bagaimana perjalanan hidup saya berusaha untuk hamil dan mendapatkan zuriat selama hampir 6 tahun. Ya, Hampir 6 tahun selepas kahwin baru saya di sahkan hamil.


Alhamdulillah & Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan rezeki saya hamil selepas hampir 6 tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat. Jom baca perkongsian saya sepenuhnya di bawah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru nak start mengarang dah rasa nak menangis. sob sob sob.. Cerita yang bakal saya kongsi ini agak menyayat hati tapi berakhir dengan kegembiraan. Dan, sebenarnya ia masih agak awal untuk menceritakannya kepada ramai orang. Tapi takpe la, dengan berkongsi kisah ini saya harap anda yang membaca boleh doakan saya & kandungan saya sihat & selamat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada anda yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah.

Saya ingin berkongsi bagaimana saya mengharungi journey sebagai TTC (Berusaha Untuk Hamil). TTC tu nama panjang dia adalah Try To Conceive. Seorang wanita yang sudah berkahwin tapi belum hamil & berusaha untuk mendapatkan nya.

Biasanya perasaan wanita TTC ni agak sensitif apabila bercakap tentang kehamilan & anak. Termasuk lah saya. Tapi bila situasi itu berlaku kena la control kan. Kena tunjuk kat orang yang kita kuat walaupun hakikatnya Allah je yang tahu.

Selepas setahun kami berkahwin, saya dan Mr Hubby membuat keputusan berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan lebih lanjut sebab nak tahu kenapa saya masih belum lagi hamil, risau juga kalau kami ada apa apa masalah. Sebab kami rasa, kalau ada masalah & di kesan di peringkat awal adalah lebih baik sebelum masalah itu menjadi lebih teruk.

Sebenarnya sebelum setahun tu kami memang nak sangat sangat hamil, tapi belum berjumpa doktor lagi. Sebab, orang cakap kalau pergi jumpa doktor pakar pun diaorg memang macam tak nak layan sebab masih baru lagi. 

Pemeriksaan Pertama Untuk TTC (Usaha Hamil)

Kami buat check up pertama kali di KPJ Specialist Damansara. Kami jumpa Dr Maziah. Semasa check up, Doktor terus dapat detect kenapa saya susah nak hamil. Masalahnya adalah berpunca dari period saya yang tidak teratur dan dan juga masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS).


Sebenarnya masa tu Doktor rasa agak pelik jugak. Dia kata biasanya orang yang ada PCOS ni orang berbadan gempal, tapi kenapa saya kurus je.
Anda boleh refer pada link di bawah ini untuk info detail berkenaan polycystic ovarian syndrome (PCOS) 

Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Memandang dah cerita pasal PCOS. So saya cerita sikit kisah PCOS saya.

Semasa saya remaja berumur lebih kurang 19 tahun, ma (mak saya) bawa saya jumpa doktor pakar sakit puan sebab period saya tak teratur. Biasanya 3-4 bulan sekali baru period datang.

Memang dari first time period semasa berumur 17 tahun, period saya tak pernah teratur. Biasa orang first time period umur 12 tahun macam tu kan, tapi saya umur 17 tahun. Sama macam ma, datang period ketika berumur 17 tahun.

Semasa berjumpa doktor pakar waktu itu, doktor ada sebut, “Awak ni kalau lepas kahwin 3 tahun baru boleh dapat anak. Biasanya orang lepas kahwin 3 bulan dah hamil kan, tapi awak ni mungkin lepas 3 tahun baru hamil, tapi jangan risau sebab apa pun Allah yang tentukan segala-galanya“.

Huh!.. Seram sungguh ayat Doktor tu tau. Saya dah start fikir, saya perlu berusaha dari sekarang supaya tak terjadi macam apa yang doktor cakap.

Doktor bagi ubat perancang kat saya, katanya untuk stabilkan hormon. Ubat ni sebenarnya adalah ubat untuk orang yang nak merancang keluarga supaya tak rapat-rapat mengandung.

Doktor juga pesan, supaya saya tak makan ubat tu depan kawan-kawan takut orang salah faham. Nanti orang fikir saya bukan-bukan. Masa tu saya masih duduk di hostel UIA Matrikulasi Gombak. Mungkin Doktor nak elakkan orang lain salah faham dengan ubat saya makan.

Alhamdulillah lepas makan ubat tu ada perubahan tapi ianya bersifat sementara sahaja. Period saya hanya teratur kalau saya makan ubat tu. Tapi bila saya tak makan ia jadi tak teratur balik. Saya tak nak ambil ubat ni dalam jangkamasa panjang sebab saya takut ia akan memberi kesan buruk nanti.

Selain itu, kesan dari ubat tersebut juga buat berat badan saya naik. Kesan perubahan hormon yang di “paksa berubah” oleh ubat itu agaknya. Ubat tu seolah memaksa hormon untuk berubah. Tapi… Doktor juga pesan berat badan saya tak boleh berlebihan. Dah pulak kena diet..huhu..

Lepas tu terpaksa la saya diet untuk mendapatkan berat asal & dah tak nak dah ambik ubat hormon tu lagi.
Okay, kita sambung cerita lepas saya jumpa Doktor Pakar Sakit Puan, Dr Maziah di KPJ Specialist.

Beliau bagi saya ubat kesuburan, nama ubat tu clomid. Ubat ini untuk hasilkan telur matang. Selepas beberapa hari makan perlu jumpa doktor balik untuk check status penghasilan telur.

Selepas saya makan ubat clomid tu, kesannya sangat teruk. Saya jadi loya-loya, rasa nak muntah, pening-pening. Saya selalu MC sebab memang tak tahan dan tak boleh buat kerja. Berat badan saya juga turun sebab tak lalu nak makan. Terbalik dengan ubat perancang yang saya ambil masa remaja dulu. Kali ni turun berat badan pulak. Tapi takpe la dari berat badan naik kan..
Selepas perjumpaan kali kedua, Doktor check hasil makan ubat clomid tu, telur yang dihasilkan tidak seperti yang di inginkan.

Selepas itu, Doktor sarankan saya untuk buat beberapa ujian lain antaranya check darah, ultrasound, HSG & check sperm Mr Hubby.

Memandangkan kos ujian tersebut agak tinggi di Hospital KPJ, saya minta Dr Maziah buatkan surat untuk transferkan kami ke Hospital Putrajaya (government) sebab Company saya bekerja tak cover medical untuk kesuburan. Lagipun saya ada sepupu yang bekerja sebagai HOD untuk bidang sakit puan di Hospital Putrajaya tu. Nama nya Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali
Checkup Di Hospital Putrajaya


Perjumpaan kali pertama saya dengan Dr Hazim, semua ujian yang saya buat dengan Dr Maziah di ulang balik tetapi kali ni lebih detail. 5 botol tabung uji darah saya di ambil, minum air gula untuk check ada diabetes ke tak, scan untuk check PCOS saya. Cuma HSG dan sperm je tak buat sebab perlu buat appointment lain.

Resultnya semua sama, saya ada PCOS iaitu masalah hormone imbalance. Alhamdulillah lain-lain tak ada. Saya tidak obes dan bebas dari diabetes. Dr Hazim terangkan lebih detail apa itu PCOS. Boleh baca apa itu PCOS pada link yang saya bagi di atas.

Appoinment seterusnya saya pergi buat HSG. Seramnya yang amat.  Saya request doktor perempuan buat HSG tu. Doktor tu masukkan camera kecil ke dalam saluran bawah, tempat baby keluar. Lepas selesai procedure ni, saya pun di benar kan balik.

note: Sesetengah orang , lepas buat procedure HSG ni akan sakit perut, dan kemungkinan badan boleh demam dan tak selesa.

Alhamdulillah, saya tak ada kesan sampingan begitu. Lepas selesai procedure tu saya siap boleh bercuti ke Johor dan Singapore lagi… hehe..

Tak lupa juga, Mr Hubby pun buat procedure check sperm count dan sperm quality. Kami pergi ke klinik yang ada lab sebab boleh dapat result terus. Lepas tu bawa report result tu ke Dr Hazim untuk pemeriksaan & penerangan lanjut.
Keputusan Ujian Kesuburan

Selepas kami dapat keputusan ujian tersebut, kami bawa report ujian tersebut kepada Dr Hazim. Alhamdulillah kedua-dua result normal. Result HSG saya, tiub fallipio tidak tersumbat dan result sperm Mr Hubby pun normal.

So, saya perlu makan ubat clomid lagi untuk kali kedua untuk matangkan telur. Kalau ikut pandangan Doktor, kita tidak boleh amik ubat clomid banyak kali sebab takut kesan jangkamasa panjang. Dua kali ok lagi. Kesan sampingan makan ubat clomid kali kedua lebih teruk berbanding dari kali pertama.

Rasa pening, nak muntah, loya tu semua ada tapi kali ni tambah lagi satu, darah period saya keluar tanpa henti sehingga lebih 15 hari. Saya pun telefon Dr Hazim, beliau minta saya datang ke Hospital untuk periksa lebih lanjut.

Dr Hazim bagi saya ubat penahan period sebab period lama sangat. Lepas beberapa hari makan ubat penahan period ni perut sakit memulas, lebih sakit dari senggugut. Sampai saya nangis-nangis tak tahan. Saya jarang menangis sebab sakit kecuali memang betul-betul sakit.

Saya telefon Dr Hazim, beliau suruh segera ke Hospital untuk periksa lebih lanjut. Memandangkan haritu hari cuti, klinik pakar kat Hospital Putrajaya semua tutup. Jadi beliau minta kami ke dewan bersalin. Selepas register saya menunggu giliran untuk masuk ke bilik pemeriksaan.

Selepas di periksa, beliau cakap, perut saya jadi sakit sebab bila period nak keluar dalam masa yang sama ubat penahan period tu menahan dari keluar, itu yang mengakibatkan perut saya sakit. Beliau kata lepas ni kita cuba inject pulak dan buat IUI. Saya fobia dengar inject tu dan fobia jugak kesan sampingan ubat. Selepas itu saya rehat dari buat perubatan moden.

Cuba Kaedah Altenatif Untuk Hamil



Saya rehat dulu seketika dari perubatan moden, dan sambil cari penawar lain selain perubatan moden. Saya nak cari jalan alternatif pulak. Bila orang bagi tahu sesuatu tips, saya selalu cuba.

Macam macam saya dah buat seperti mengurut, makan jamu dan juga berubat ke darul syifa’. Tapi Allah masih belum juga bagi rezeki untuk saya hamil.

Walau bagaimanapun saya masih tidak putus asa. Allah tak suka kita putus asa. Berusaha dan terus berusaha.

Jangan ada istilah putus asa kalau kita nak dapatkan sesuatu dan berdoa selalu. Berusaha tanpa doa pun tak lengkap kan… Amalkan bangun solat malam seperti solat tahjud, solat taubat, solat hajat dan solat witir. Minta sungguh-sungguh dengan Allah. Selebihnya baru kita tawakkal pada Allah.

Dalam masa saya berusaha nak dapatkan zuriat, saya dan Mr Hubby menjalankan kehidupan rumahtangga dengan bahagia walaupun kami tiada zuriat. Kita harus bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Tidak boleh bersedih dengan apa yang kita tak dapat tapi bersyukur dengan apa yang kita dah dapat.

Walaupun Allah belum kurniakan zuriat, banyak lagi Allah dah bagi nikmat lain pada kami. Kehidupan yang bahagia, rezeki banyak, masa yang lapang dan macam macam lagi.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah belum bagi ada sebab dan hikmahnya. Mungkin nak bagi kami mengenali dan bercinta dulu, ye la sebelum kahwin kami tidak bercinta, jadi lepas kahwin baru nak kenal pasangan masing-masing.

Kami banyak berjalan sana sini. Spent time bersama tanpa hirau kan apa orang nak kata. Hanya kami yang tahu apa yang kami buat. Tak kan nak bagitau semua orang apa yang kami usaha untuk dapatkan zuriat pulak kan.
Sebab ada juga orang yang menganggap kami planning. Kami tidak macam tu, semua orang yang dah berkahwin pasti mahukan zuriat kan? Sama la macam kami pun.

Cuba Menggunakan Suplimen Untuk Betulkan Period Tak Teratur


Satu hari, saya di perkenal kan oleh kawan saya satu supplimen untuk lancar kan period saya. Nama supimen tu GLA Complex dari Shaklee. Kawan saya dah makan 2 bulan Alhamdulillah berhasil, period beliau lancar. Lepas dia bercerita testimoni dirinya sendiri, saya pun buat research berkenaan supplimen ni. Saya jenis anti supplimen. Tapi tu dulu la, sekarang Jatuh CINTA dengan supplimen..hehe

Selepas buat research beberapa hari, saya dapati supplimen ni Halal, ada kelulusan KKM dan supplimen ini rupanya telah di uji langsung ke atas badan manusia oleh pakar perubatan. Bukan seperti kebanyakan produk perubatan lain yang uji kaji nya di buat ke atas haiwan. Bagi saya ini point yang baik sebab ia bermaksud produk ini memang selamat ke atas manusia.

So, setelah saya yakin, saya pun decide nak beli. Saya minta kawan saya belikan supplimen tu dari kawannya. Saya pun consume, selepas makan saya rasa serasi walaupun belum pulih sepenuhnya. Ada perubahan selepas saya ambil supplimen ini. Tapi belum dapat period tiap-tiap bulan, cuma dah makin dekat gap antara satu period ke satu period, tidak seperti dulu.

Memandangkan supplimen ni serasi dengan saya, saya mula buat research lagi produk lain yang Syarikat Shaklee ada. Research punya research, rupanya Shaklee ada set kesuburan. Wow, ini yang saya cari. supplimen semula jadi tanpa pengawet, tanpa dadah dan tanpa bahan sintetik.

Nak tahu apa beza sintetik dengan bukan sintetik sila layari link di bawah ini

http://www.globalhealingcenter.com/natural-health/synthetic-vs-natural-vitamins/

Cuba Menggunakan Supplimen Untuk Kesuburan

Sebab kan teringin sangat nak hamil, saya pun mula consume set kesuburan shaklee. Saya sangat suka supplimen ni sebab ia adalah produk natural. Tiada kesan sampingan macam saya makan ubat Doktor dulu. Malah saya rasa badan semakin sihat & cergas. Alhamdulillah, (dengan izin Allah).

Tapi percubaan saya menggunakan set kesuburan shaklee untuk hamil juga gagal.

Di bawah ini adalah list set kesuburan yang saya gunakan. 

ESP

Protein adalah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Sel pembiakan akan terganggu jika protein tidak mencukupi dalam badan. ESP sebagai sumber protein sangat di sarankan untuk individu yang mempunyai masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat.

Vita Lea

Vita lea adalah multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vit Lea di rumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang di perlukan oleh orang dewasa. Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan sperma lelaki dan telur wanita atau ovum. Makanan yang kita makan setiap hari belum tentu cukup kandungan vitamin sebab tu la kita perlukan multivitamin untuk pastikan vitamin dan mineral cukup dalam badan.

Vitamin C

Memiliki tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormone seks dan kesuburan.

Alfalfa

Ini paling penting untuk wanita. Turut membantu hubungan suami isteri. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah ‘Miss V’ (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

GLA Complex

Sangat baik di amalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga di kenali sebagai ‘Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)’. Mukus ini medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks di lakukan selepas waktu subur. Juga mengecutkan cyst jika ada.

Vitamin E

Terkenal sebagai ‘vitamin seks’. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikal & dukus seminal. Selian itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Makan, supplimen selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Omega Guard

Shaklee omega guard diekstak dari ikan laut air sejuk. Ia bukan minyak hati ikan. Omega guard shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Asid lemak di dalam omega guard shaklee boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.

Omega guard shaklee dapat mencegah insomia dan membantu mengurangkan tekanan. Salah satu situasi yang sering di hadapi wanita yang tidak berjaya hamil. Satu hidangan omega guard shaklee dapat membekalkan 905 mg asid lemak omega -3 EPA & HDA.

Masih GAGAL……
Walaupun dah mencuba untuk hamil dengan set kesuburan shaklee. Tapi… Allah masih belum memberikan rezeki untuk saya hamil dengan supplemen ni. Walaupun begitu, saya masih teruskan lagi makan supplemen ini sebab saya dapat rasa banyak perbezaan kepada badan saya.

Sedih…. Tapi kami masih tidak mengalah. Usaha usaha usaha & Doa Doa Doa… Minta dengan Allah sungguh-sungguh, sesungguhnya Allah yang maha memberi. Dan tak lupa usaha dan ikhtiar.

Dan percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Malah, kami juga berusaha meminta kepada Allah supaya di kurniakan zuriat di depan kaabah semasa kami ke umrah pada tahun 2014. Tapi Allah masih belum memberikan rezeki kepada saya untuk hamil. 



Kami tetap redho walaupun belum di kurniakan rezeki hamil. Kami yakin Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk kami. Jadi, kami tidak boleh mengalah & kami harus teruskan usaha usaha usaha walaupun terkadang kami buntu juga apa yang perlu kami lakukan seterusnya.

Walaupun begitu, kami tetap consume supplimen shaklee.

Kenapa Saya masih lagi consume Shaklee walaupun tak hamil?


Sebenarnya semenjak saya kenal shaklee, saya banyak terdedah dengan banyak maklumat kesihatan sebab saya selalu pergi ke kelas nutrisi. Dari situ saya tahu kenapa pentingnya kita perlu ambil supplimen. Antara sebab kita perlu ambil supplimen adalah
  • Kita tidak bersenam secara konsisten
  • Kita ada mengambil makanan “fast food”
  • Kita terdedah kepada asap dan pencemaran
  • Kita tak makan sayur dan buah yang di tanam sendiri yang tidak terdedah kepada racun serangga

Sebab saya tak boleh “meet” 4 kriteria di atas lah saya teruskan pengambilan supplimen sehingga sekarang.

Ok kita sambung lagi cerita saya..hehe

Dalam menjalani hidup seperti biasa dengan masih berusaha menggunakan supplimen dan perubatan islam, saya di rekemenkan oleh seorang kawan untuk cuba berjumpa Doktor pakar di KPJ Damansara. Saya pun cuba la jumpa sebab kawan saya sangat syorkan saya pergi. Lepas Doktor check, saya di sarankan untuk buat operation. Seram… Kami kurang berkenan dengan operation yang di sarankan. Jadi kami cakap biar kami fikir dulu.

Dalam masa yang sama kami cuba pergi ke Doktor lain untuk dapatkan “second opinion” iaitu Doktor Medina dari KPJ Ampang Puteri. Kata Doktor Medina, di sebab kan saya dah cuba macam macam procedure yang biasa tu masih belum berjaya, jadi saya sekarang perlu buat operation. Lagi sekali kami cakap kami nak fikir dulu.

Masih lagi belum di berikan rezeki untuk saya hamil 

Dapat Idea Baru Beberapa Bulan Sebelum Saya Disahkan Hamil

Ini adalah kemuncaknya bagaimana saya berusaha untuk hamil & akhirnya alhamdulillah berjaya dengan Izin Allah S.W.T.

Setelah berusaha dengan pelbagai cara tidak menjadi. Akhirnya saya terdetik untuk mencuba sesuatu yang belum saya pernah cuba sebelum ini.

Sebenarnya bukan lah baru sangat benda ni. Cuma perkara ni baru terlintas di fikiran untuk mencubanya.

Saya ada bertemu dengan seorang doktor secara kebetulan di suatu tempat. Doktor ni menceritakan kisah ayahnya yang menghidap kencing manis tetapi telah pulih selepas menggunakan satu supplimen ni. Kata doktor tersebut, supplimen yang di berikan kepada ayahnya sangat bagus sebab supplimen tu berupaya untuk “Reverse Back” kerosakan yang berlaku pada organ.

Sebenarnya, saya dah tau lama pasal supplimen tu. Suplemen tu namanya adalah vivix dan ia juga adalah produk shaklee. Saya pernah juga cuba sebelum ini, cuma tak disiplin makan je.
Tapi tak tau kenapa macam baru ter trigger dalam kepala saya ni masa doktor tu cerita tentang ayahnya.

Saya fikir kalau saya consume hari hari secara consistent supplemen tersebut, mungkin boleh membantu merawat masalah PCOS saya dan sekaligus memudahkan saya untuk hamil.

Ya!! saya terus cakap pada diri saya yang saya mesti cuba.

Kali ni saya nekad untuk consistent. Saya WAJIBkan setiap hari kena ambil Vivix ni, kalau tertinggal tu rasa macam bersalah sangat. Di samping itu, saya juga tetap ambil set kesuburan shaklee juga untuk membantu memudahkan saya hamil. (tersenarai di atas tadi)

Sejak ambil Vivix secara consistent, badan saya rasa makin sihat dan segar. Period saya juga semakin teratur. Sebelum ni saya tak boleh kira apakah cycle period saya sebab terlampau bercelaru.

Tapi kali ini alhamdulillah, dengan izin Allah dah boleh kira. Cycle saya 42 hari.

Bagi saya, perubahan ini sudah sangat baik berbanding sebelum ini yang 3-4 bulan baru period.

Selepas 2 kali period saya konsisten, bulan seterusnya period saya lambat. Saya duk rasa badan saya kurang sihat, sakit belakang, sakit pinggang, sakit pinggul, sakit kaki, lenguh-lenguh badan semua ada.

Ada jugak symptom pening kepala, rasa loya-loya dan seram sejuk. Nak kata demam tak demam tapi badan tu rasa sejuk-sejuk.

So, Mr Hubby bawa saya ke klinik untuk periksa apa masalah saya.

Bila doktor check semua tak ada masalah. Doktor cakap mungkin angin dan sakit muscle. Saya cuba jugak check UPT tapi negatif. Dah biasa dah dengan negatif hamil kan, so saya redha. Lepas tu saya buat biasa-biasa je walapun kadang-kadang saya rasa tak sedap badan.

Symptom nak period pun kadang-kadang jadi macam ni. Jadi saya anggap ini adalah symptom nak period. Makan pun berselera lebih daripada biasa. Tapi ni pun ada juga terjadi masa nak period iaitu PMS.

Tapi satu hari tu saya tak tahan sakit pinggang, saya risau pula, takut batu karang ke…huhu..Saya pergi pulak klinik lain. Doktor ni lebih detail, dia check urine dan hantar ke makmal untuk tau result yang lebih tepat. Dalam masa yang sama nurse check UPT jugak dan keputusannya negatif “hamil”. Selepas beberapa hari nurse pun bagitau result yang semuanya ok. Alhamdulillah saya tak ada apa-apa penyakit.

Selepas itu saya pun buat tak tahu je la. Tapi saya rasa pelik, bila sampai masa patut period, period tak keluar jugak. Perut dah rasa sakit macam nak period..huhu..apakah masalah saya sebenarnya.. dah buat saya makin risau.

Hari Bersejarah (Dapat Tahu Saya Hamil)

Sehingga di pagi jumaat yang barakah dan mulia, pada tarikh 9 September 2016, entah apa mimpi nak check UPT di pagi-pagi buta pukul 4 pagi. Masa tu Mr Hubby tengah sedap tidur. Saya dengan mamai pergi ambil UPT untuk check. Macam biasala kan, saya memang tak memberi apa-apa harapan tapi tetap nak check jugak..hehe

Masa saya titikkan urine kat UPT tu, mula-mula satu line, macam biasa. Saya pun macam biasa rilex je, tiba-tiba saya tengok ada lagi satu line keluar, merah pekat menyala pulak tu, bukan samar-samar tau. Eh eh ..betul ke apa yang aku tengok ni. Siap gosok-gosok mata bagai. Aku mimpi ke reality ni. Terus la saya menjerit dan tunjuk kat Mr Hubby.

Mr Hubby terpinga-pinga bangun tengok saya tunjuk UPT tu. Saya terus menangis dan cakap kat Mr Hubby, “B, Alhmdulillah saya dah hamil” sambil menangis kegembiraan. Apalagi kami terus berpelukan kegembiraan sambil menangis. Tak dapat nak ucap dengan kata-kata betapa gembirannya kami dengan Rezeki Allah kali ni. Anugerah yang bernilai Allah bagi kami. Kami tunggu selama hampir 6 tahun. Kami tak putus ucap syukur kepada Allah.

Selepas selesai segala sandiwara, terus ambil wuduk dan sujud syukur serta Solat Tahajud dan solat-solat sunat yang lain. Tanda bersyukurnya kami kepada Allah. Allah maha hebat, maha agung. Kami hanya berusaha, ikhtiar dan berdoa. Selebihnya bertawakkal kepada Allah.


Pagi tu kami pergi ofis macam biasa. Pagi jumaat yang mulia, saya terus telefon ma saya tentang berita gembira. Ma menangis kegembiraan. Mana taknya dapat cucu dari anaknya yang sudah lama mengharapkan zuriat ini. Petang tu kami terus singgah ke klinik pakar sakit wanita.


Alhamdulillah, doktor scan dengan ultrasound dan mengesahkan yang saya mengandung 5 minggu. Muka Mr Hubby ceria dan senyum tak henti-henti. Doktor pesan, baby awak masih awal lagi, jaga elok-elok. Jangan lasak sehingga 12 minggu. Masa 12 minggu tu InshaAllah baby dan kuat.

Sebelum saya tahu saya hamil saya punya la aktif. Penuh dengan aktiviti-aktiviti Shaklee setiap hujung minggu. Angkat berat la, buat keje-keje berat la. Syukur Allahdulillah, Allah melindungi baby saya walaupun saya lasak masa tu.


Alhamdulillah, saya mengandung secara normal dengan mengamalkan supplimen shaklee yang semulajadi tanpa bahan sintetik tanpa perlu pembedahan.

Syukur Ya Allah. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas doa-doa anda. Ibu bapa, ibu mertua, saudara mara dan kawan-kawan yang tak putus-putus doa untuk kami. Kami ucapkan jutaan terima kasih atas doa kalian.

Kami tahu Allah lah yang memberi rezeki ini.. Tapi kami sangat yakin, mungkin vivix adalah asbabnya.

Sebab apa??

Selain dari keupayaan vivix yang boleh “Reverse” kerosakan organ. Ia juga mempunyai kelebihan berikut. 

  • Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan, maka berkuranglah ‘Oxidative Damage’. Dengan kata lebih mudah ia mengurangkan risiko sel menjadi rosak.
  • Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang ‘dilindungi’ ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk survive, membesar dan di senyawakan. Ia juga mempunyai salah satu mekanisme untuk memperbaiki sel-sel yang telah rosak atau abnormal.
  • Jika vivix di amalkan oleh suami dan isteri pula, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur yang di hasilkan dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.
  • Vivix bertindak untuk memperbaiki sel dan DNA badan kita. Bila sel sihat, organ pun sihat dan InshaAllah lebih tinggi peluang untuk hamil.

Bagaimana vivix membantu dalam masalah PCOS untuk Hamil?


Vivix shaklee mempunyai ANTIOKSIDAN yang tinggi.

Kajian terkini menunjukkan bahawa wanita PCOS mempunyai lebih risiko utnuk mengalami Tekanan Oksidatif, berbanding wanita biasa.

Tekanan Oksidatif adalah satu keadaan yang mana ia meningkatkan Produksi Pengoksidaan di dalam sel yang di sebabkan oleh pembebasan radikal bebas dan menyebabkan pembiakan sel terbantut.

Radikal bebas juga boleh mengakibatkan beberapa penyakit lain termasuk cancer dan penuaan pra matang

Jadi penggunakan vivix secara consistent dapat membantu menyelesaikan masalah tekanan Oksidatif seperti yang saya terangkan di atas.

Terkini : 19 May 2017


Semalam punya cerita..

Alhamdulillah Umar dah umur 31 hari masa pergi cucuk sebulan.

Umar memang sado, cucuk pun nangis sikit je.. hehe.. Anak mommy Good Boy 😀

Lepas check semua, Alhamdulillah semua dalam keadaan sihat dan normal ibu dan anak. 😇

Berat Umar naik dari 2.1 kg ke 2.6 kg. Naik 500 gram. Syukur. Semoga naik secara normal dengan sihat.

Berat mommy lak turun 12.1 kg. Lagi 1.9 kg nak ke berat asal. Alhamdulillah. Tapi tapi saya tak diet tau. Kesian baby nanti takut effect susu.

Saya amalkan pemakanan seimbang dengan makanan berpantang bersama set berpantang dan menyusu Shaklee untuk pastikan cukup nutrien dan zat untuk ibu dan baby. 😁

Makanan berpantang saya seimbang, ada sayur, buah, nasi dan protin tapi no oil, santan, pedas, makanan berangin dan sejuk. Semua bakar dan rebus...😅

Semoga kami sihat sokmo☺️

#babyshaklee #setberpantangdanmenyusushaklee #day32confinement
 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Set Kesuburan Lengkap dan Vivix, sila hubungi saya di :
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  
Dengan setiap pembelian produk anda layak untuk mendapat konsaltansi tentang pengambilan supplement secara berterusan.

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive