Friday, June 9, 2017

Diabetes Punca Kerosakan Saraf

Tahukah anda, hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi (pemotongan anggota badan) jika penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil? Sekiranya anda mengalami sebarang gejala kerosakan saraf yang biasa, jangan biarkannya kerana kesan pengabaian yang paling kejam boleh membabitkan pemotongan kaki.

Memahami neuropati diabetes

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian iaitu neuro yang merujuk kepada saraf dan pati iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang membabitkan saraf di luar sistem saraf pusat, terutama pada tangan dan kaki.

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik dari otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelak daripada bahaya dan jauh daripada benda yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Tanda-Tanda Neuropati Diabetes

Tahap keseriusan gejala kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit kepada seorang pesakit yang lain. 
  • berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan, 
  • Rasa terbakar 
  • Kehilangan rasa
  • Kesakitan yang tajam mencucuk, seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.
  • tekanan darah rendah
  • sembelit
  • pergerakan yang tidak dapat di kawal.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes membawa kepada amputasi?

Pemotongan ialah komplikasi neuropati yang boleh menjadi serius. Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar kecederaan yang dialami dan ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki.

Mereka juga menghadapi penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka, seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan. Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?

Langkah pertama dalam merawatnya ialah dengan memastikan tahap glukos dalam darah berada dalam julat normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya. Pemantauan tahap glukos dalam darah, pemakanan yang terancang dan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes atau insulin akan membantu mengawal tahap glukos dalam darah.

Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya gejala akan berkurangan apabila terdapat pengawalan glukos yang baik. Pengawalan glukos dalam darah juga boleh mencegah atau melambatkan permulaan masalah yang selanjutnya.

Suplemen Untuk Membantu Masalah Kebas Akibat Diabetes

1.Vivix

Kajian yang dijalankan akhirnya menunjukkan pengambilan suplemen mengandungi polifenol seperti resveratrol mempunyai kesan baik dalam mengurangkan rasa kebas dan sakit pada kaki dan tangan atau disebut sebagai neuropati diabetes. 

Polifenol adalah sejenis bahan kimia semulajadi dalam tumbuhan dan buah-buahan. Vivix dengan 1 sudu kecil anda akan dapat khasiat daripada 15 jenis polifenol dan resveratrol. Resveratrol adalah sejenis polifenol tumbuhan.
Vivix dengan kandungan resveratrol dan polifenol membantu masalah berkaitan kebas dan saraf dari segi:
  1. Mengandungi membantu mengurangkan keradangan saraf dan kesakitan secara keseluruhan
  2. Memperbaiki sel yang terdapat pada saraf.
  3. Membantu meningkatkan penghasilan tenaga pada sel saraf
  4. Menyekat pertimbunan AGE protein. AGE menyebabkan kemerosotan pelindung sel (myelin) dan memperlahan inpuls saraf.
  5. Menghalang pembentukan protein AGE. AGE juga menyebabkan sambungan silang protein kolagen di sekitar sendi menjadi kurang fleksibel dan tisu tulang menjadi rapuh

2. B Complex 

Kekurangan vitamin B12 juga antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Vitamin B12 melindungi pelindung saraf dan membersihkan badan anda daripada homocysteine iaitu sejenis sebatian berbahaya yang dikaitkan dengan strok dan penyakit kardiovaskular. Vitamin B1 pula memang terbukti membantu memperbaiki sistem saraf.

B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. B Complex juga menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi.

Testimoni Pesakit Diabetes

1. Bacaan Gula Turun



2. Luka Diabetes Cepat Pulih



3. Masalah Saraf Makin Pulih



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive