Monday, March 6, 2017

Merokok Menjejaskan Gusi Dan Gigi



Ramai di antara kita tahu bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Namun, berapa ramai yang sedar bahawa merokok juga boleh mencacatkan penampilan kita? Merokok boleh mengakibatkan nafas berbau, penyakit gusi, gigi berkarat, luka sukar sembuh dan yang lebih merbahaya – kanser mulut.

Bagaimanakah merokok menjejaskan kesihatan mulut?

1.Nafas Berbau

Rokok mengandungi rantaian hidrokarbon polisiklik yang memberikan rokok bau yang khusus. Walaupun anda telah selesai merokok, baunya boleh melekat di dalam mulut, pada baju dan juga pada sofa, sekaligus mengakibatkan bau tersebut kekal lama. 

2. Penyakit Gusi.

Penyakit gusi merupakan punca paling biasa dan kerap kepada keguguran gigi di kalangan orang dewasa.  Para perokok juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit gusi yang lebih parah dan kritikal. Ini disebabkan oleh bahan-bahan toksik yang terkandung di dalam rokok, yang membantutkan fungsi serta aktiviti tisu gusi yang normal.
Bahan-bahan ini juga mengubah jenis bakteria dalam plak gigi, dengan menambah bilangan bakteria dari jenis yang memudaratkan. Kesannya? Ia mengurangkan pengaliran darah ke kawasan gusi, mengakibatkan perokok mungkin tidak mendapat tanda-tanda amaran awal penyakit gusi seperti gusi berdarah.

3. Gigi Berkarat.(Teeth staining) 


Nikotin dan tar ialah ramuan asas dalam rokok yang mengaratkan gigi menjadi warna kuning, perang bahkan kehitaman. Pada awalnya, tar dan nikotin hanya terenap pada permukaan luar gigi. Lama-kelamaan, kotoran itu meresap ke lapisan dalam menerusi rekahan mikro yang ada pada permukaan gigi, menyebabkan ia mustahil untuk dihilangkan dengan ‘scaling’ dan gilapan.

4. Luka Sukar Sembuh.( Poor wound healing. )

Merokok mengubah respon imuniti setempat di dalam mulut, sekaligus menyebabkan proses penyembuhan selepas mencabut gigi dan pembedahan mulut tertangguh. Merokok juga adalah salah satu faktor kepada kejadian soket kering (lompong gigi menjadi kering selepas gigi dicabut), suatu keadaan yang menyakitkan. Individu yang merokok sekotak rokok setiap sehari mempunyai 40% risiko mendapat soket kering selepas mencabut gigi geraham bongsu di bahagian bawah berbanding individu yang tidak merokok.

5. Lidah Berbulu 


Lidah anda dilitupi dengan struktur yang seakan-akan bulu (filiform papilla) yang terletak di seluruh permukaan lidah anda. Mereka tiada deria rasa tetapi ia dianggap bertanggungjawab untuk berfungsi dari aspek mekanikal lidah – terutamanya untuk membantu memberikan lidah fungsi membersih.

Merokok secara berterusan menyebabkan struktur bulu seperti ini cenderung untuk tumbuh terlalu cepat dan berubah warna di mana mereka menjadi panjang dan menebal.

Makanan, sel-sel mati dan bahan lain akan terperangkap di sini dan menyebabkan lidah berbulu hitam. Kita selalunya tidak menyedari bahawa ada berjuta-juta bakteria dalam mulut. Bakteria ini boleh mengubah bentuknya untuk menjadi lebih agresif dan seterusnya boleh membawa kepada peningkatan halitosis (bau mulut). 

6. Kanser Mulut.( Mouth cancer ) 

Ramai orang tahu hubungkait antara merokok dan kanser kerongkong. Terdapat banyak bukti yang mengaitkan merokok dengan kanser mulut, yang bermula daripada ulser tidak mampu-sembuh. Ulser ini boleh terjadi di mana-mana bahagian di dalam mulut, seperti pada lidah, bibir, gusi serta kawasan pipi sebelah dalam. Berdasarkan kajian yang dijalankan di HUSM, 60% pesakit kanser mulut ialah perokok.

Merokok tembakau boleh membawa kepada leukoplakia (keputihan plak pada mukosa mulut) yang tidak dapat dihilangkan. Leukoplakia TIDAK boleh diabaikan kerana ia boleh membawa kepada kanser mulut. Peralihan dari benign ke luka malignan tidak boleh diramal.

References:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20192598

CARA MUDAH MENGHILANGKAN KETAGIHAN ROKOK

Vivix mendetoxkan nikotin dari dalam darah, organ, otak, dan tempat lain. Bila nikotin berkurangan, rasa ketagih pada nikotin pun hilang.

Orang merokok merasakan satu perasaan bila dia menghisap rokok. Sebab itu bila dia berhenti merokok, otak dia rasa lain macam dan memanggil-manggil untuk dia merokok balik bagi mendapatkan semula perasaan itu. Vivix boleh memberikan perasaan tu, jadi bila dia minum Vivix, dia tak rasa terpanggil nak merokok.

Vivix mengurangkan simptom withdrawal bila berhenti merokok. Simptom withdarawal sememangnya teruk, sebab itu orang yang berhenti merokok secara tiba-tiba, dia kena macam-macam penyakit. Senang cakap, badan 'terkejut' dengan keadaan yang dia tidak biasa (tiada sumber nikotin dalam badan). Insya-Allah dgn Vivix boleh redakan kejutan tu.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement


Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive