Thursday, November 10, 2016

5 Kesan Buruk Akibat Darah Tinggi



Penyakit darah tinggi tidak boleh dipandang mudah, kerana banyak kesan buruk yang boleh terjadi kepada keseluruhan sistem badan kita. Antara organ yang mengalamai kesan itu adalah:

1. OTAK

Ianya boleh menyebabkan salur darah di dalam otak pecah dan mengakibatkan perdarahan dalam otak. Angin ahmar / strok – lemah atau lumpuh sebahagian anggota badan dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut.

Tekanan darah yang tinggi di dalam salur darah mengakibatkan dinding salur darah menebal dan menyempitkan salur darah. Apabila darah tidak mengalir lancar atau tidak sampai ke bahagian tertentu di dalam otak juga mengakibatkan strok

Kolesterol yang tinggi menambah sempitkan lagi salur darah, usia tua juga berisiko tinggi untuk strok kerana dinding salur darah yang tebal.

2. MATA

Salur darah di dalam mata juga boleh sempit dan pecah yang boleh mengakibatkan buta.

3. JANTUNG

Darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan jantung kembang dan lemah jantung. Pesakit darah tinggi juga berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung kerana salur darah kecil yang membekalkan oksigen ke otot jantung – sempit atau tersumbat dan boleh mengakibatkan kematian mengejut.

4. BUAH PINGGANG

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyempitkan salur darah yang membekalkan darah ke buah pinggang. Akibatnya buah pinggang boleh mengecil saiznya dan merosakkan sistem tapisan darah di dalam buah pinggang.

Racun “urea” yang hasil metabolism makanan yang bersumber protin yang sepatutnya dibuang sebagai bahan toksin di dalam kencing tidak mampu lagi ditapis keluar oleh buah pinggang yang rosak. Akibatnya seseorang itu akan terpaksa menjalani dialysis buah pinggang demi untuk menyambung nyawa untuk membuang racun “urea” yang terkumpul di dalam darah.

Buah pinggang juga berfungsi untuk mengawal isipadu air di dalam badan kita. Akibat kegagalan buah pinggang juga menyebabkan seseorang yang gagal buah pinggangnya – sembab atau bengkak air – keliling mata, muka, di dalam abdomen, skrotum, kedua-dua kaki dan juga di dalam paru-paru kerana buah pinggang yang gagal berfungsi tidak mampu lagi untuk membuang air yang berlebihan di dalam badan seseorang.

5. SALUR DARAH DI DALAM ABDOMEN

Tekanan darah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan salur darah besar “aorta” di dalam abdomen bocor atau pecah – boleh menyebabkan kematian secara mengejut.

Salur darah di hujung kaki boleh menyempit dan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki. Sehingga ke satu tahap, warna kulit akan bertukar biru dan hitam akibat aliran darah tidak sampai ke hujung kaki. Akhirnya, kaki boleh “mati” dan demi untuk menyelamatkan nyawa, pesakit terpaksa dipotong kakinya; samada pada paras di bawah atau di atas lutut.

Merokok dan kolesterol yang tinggi menambahkan lagi risiko untuk menghadapi keadaan ini.

Setelah anda faham akan risiko bahaya seperti diterangkan tadi, bertindaklah dari sekarang untuk mencegah daripada berlakunya segala bahaya yang diterangkan tadi.

AMBILLAH SEGALA LANGKAH YANG BERIKUT

  • Makan ubat darah tinggi yang teratur dan mengikut arahan dos yang ditetapkan.
  • Berjumpa doktor secara berkala / temujanji
  • Kurangkan berat badan dan kurangkan makanan berkalori tinggi.
  • Elakkkan makanan berkolesterol tinggi
  • Kurangkan garam
  • Kurangkan stress
  • Lakukan senaman harian
  • Berhenti merokok
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive