Friday, September 23, 2016

Mengatasi Virus Zika Secara Semulajadi

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Virus Zika

virus zika di malaysia

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau ‘mikrosefali’ sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.

Virus Zika di Asia pertamanya dikesan di Singapura, memang ramai dah jangka kes Zika akan turut terjadi di Malaysia sebab pergerakan rakyat dari kedua-dua negara ini.

Namun, yang lebih mengejutkan ialah apabila terdapat penyebaran virus dalam kawasan kita sendiri. Maksudnya bukan dapat dari luar negara pun, bila seorang lelaki dari Sabah dikatakan tak pernah keluar dari Malaysia pun. Lelaki tersebut juga adalah penghidap pelbagai penyakit kronik. Yang mana kita tahu penghidap penyakit kronik mempunyai sistem pertahanan badan yang rendah dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit.

Info Virus Zika

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-
  1. Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
  2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  6. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-
  1. Sakit kepala
  2. Ruam pada kulit
  3. Sakit sendi
  4. Mata kemerahan
Kadang-kadang mungkin tak perasan pun kita kena jangkit virus Zika tapi tiba-tiba dah sihat. Jarang sangat orang sihat perlukan rawatan lanjut dan jarang sangat perlu masuk wad. Tapi, keadaan berbeza kepada wanita hamil dan orang yang mempunyai sistem pertahanan diri yang rendah.

Zika boleh disahkan melalui ujian darah. Tapi, tak ada rawatan yang khusus untuk Zika simptomnya mungkin ringan sahaja, sampai kita pun tak perasan dijangkiti Zika. Cuma, mungkin orang yang baru balik dari negara-negara yang ada kes Zika, adalah perlu untuk melakukan pemeriksaan darah bagi memastikannya, terutamanya orang yang dah berkahwin sebab Zika boleh disebarkan melalui hubungan seks.

Kesan Virus Zika


Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.



 

Rawatan Jangkitan Zika

Setakat ini, tiada rawatan khusus atau vaksin untuk jangkitan Zika. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Elakkan diri daripada digigit nyamuk. Pastikan tak ada bekas-bekas yang boleh membiakkan nyamuk di kawasan rumah, boleh guna kelambu, baju lengan panjang atau penghalau nyamuk.

Jika disahkan menghidap Zika atau anda rasa badan tak sihat, boleh lakukan perkara berikut:
  1. Rehat secukupnya
  2. Minum air secukupnya untuk elakkan dehidrasi 
  3. Ambil panadol dan paracetamol untuk kurangkan demam jika perlu. 
  4. Jauhi ubat-ubat anti-radang dari kumpulan NSAIDS – aspirin, ponstan atau ibuprofen sehinggalah anda disahkan bukan dijangkiti denggi. Sebab ubat-ubat diatas boleh menyebabkan pendarahan dalam denggi. 
  5. Elakkan melakukan hubungan seks dalam 4-6 minggu atau gunakan protection. Kajian kata virus Zika boleh bertahan dalam badan lelaki selama 6 bulan. Kalau positif Zika, sebaiknya elakkan hubungan seks selama 6 bulan ya.

Bagaimana virus Zika boleh mati dalam badan?

Bila dijangkiti virus Zika, atau apa-apa virus sekali pun, yang menjadi masalah ialah virus perlukan perumah untuk membiak. Jadi, dia akan jangkiti mana-mana sel dalam badan untuk terus hidup.

Pernah terfikir tak macammana seseorang boleh sihat selepas dijangkiti virus walaupun tiada ubat khusus untuk membunuh virus tersebut. Inilah kehebatan sistem pertahanan badan yang Allah ciptakan kepada manusia. Sistem pertahanan badan manusia terbahagi kepada sistem umum dan khusus.Yang khusus adalah adalah bentuk sel, kebanyakannya sel darah putih dan juga sistem imun humoral yang terdiri daripada antibodi.

Pada kebanyakan masa dalam kes virus, antibodi yang memainkan peranan penting kerana sel-sel pertahanan badan mungkin juga telah dijangkiti oleh virus dan bertukar menjadi musuh.

Nutriferon, Salah Satu Usaha Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh


Nutriferon ni, adalah salah 1 produk Shaklee yang membantu untuk meningkatkan kekebalan sistem pertahanan badan. Memang tak ada kajian mengatakan dia bertindak secara khusus untuk melindungi badan daripada virus denggi atau zika ataupun merawat jangkitan tersebut, tapi ada 6 sebab kenapa mesti pilih Nutriferon sebagai usaha untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh:
  1. Terbukti daripada kajian ke atas manusia – campuran fitonutrien yang berkesan & selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan Nutriferon memberi khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun daripada keempat-empat ekstrak tumbuhan dalam Nutriferon.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun badan dan merupakan salah satu komponen sistem imun humoral.Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Melalui teknologi perubatan, interferon dihasilkan dalam makmal dan digunakan untuk merawat Hepatis B, AIDS dan kanser. Tapi, harganya sangatlah mahal. Nutriferon pula merupakan satu-satunya makanan tambahan di US yang dicipta oleh orang yang menemui inteferon dan Nutriferon boleh meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi dalam badan.
  3. Dicipta oleh penemu interferon – Dr Yasuhiko Kojima yang merupakan ahli imunologi yang terkenal merupakan individu yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan berpaten yang ekslusif. Sebelum dipasarkan Nutriferon telah melalui set-set ujian yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. Nutriferon tidak boleh ditemui di mana-mana kedai tapi hanya boleh didapatkan daripada Shaklee.
  5. Dikaji selama 40 tahun sebelum dipasarkan. Sebelum menemui sebatian yang sesuai untuk menghasilkan Nutriferon, Dr Kojima telah menggunakan berjuta-juta sebatian sebelum menemui ekstrak 4 tumbuhan yang boleh meningkatkan interferon secara semulajadi dalam badan.
  6. Sejak Nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal ke atas manusia telah mendokumenkan keberkesanan suplemen ini. Dimuatkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Complementary Medicine – mengetengahkan pelbagai faedah Nutriferon.
Selain ikhtiar untuk tingkatkan imun badan, Shaklee juga ada produk untuk elakkan gigitan nyamuk, mosquito repellant gitu. Yang penting selamat dan tiada bahan kimia.

Semua ini adalah salah 1 usaha kita untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit ini. Terutamanya penghidap penyakit kronik yang sistem imun lebih rendah dan juga ibu mengandung.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive