Thursday, August 11, 2016

Tips Menggunakan Alat Ujian Kehamilan Dengan Betul Agar dapat Keputusan Yang Tepat!




Sedang merancang untuk hamil? Selain daripada pengambilan asid folik, wanita yang bakal bergelar ibu juga mestilah tahu menggunakan alat ujian kehamilan (urine pregnancy test-UPT). Saya yakin wanita yang trying to conceive mesti dah biasa dengan alat ujian kehamilan ini. Ada yang tiap-tiap bulan cek ( yer memang ada) sebab excited nak tahu. Siapa tak happy kalau tiba-tiba terkeluar double lines. Jika terdapat dua jalur merah ini menunjukan anda telah HAMIL. Ingat ,walaupun jalur tu tak terang, ianya tetap bermaksud anda HAMIL.   

Anyway, tahu tak sebenarnya nak guna alat UPT ni ada kaedahnya juga. Tak boleh main check sahaja sebab bila salah teknik keputusan yang kita dapat mungkin tak valid. Tak ke bahaya kalau keputusan sebenar mengandung tapi kita duk ingatkan negatif. Bahaya sebab kita mungkin dah melakukan aktiviti yang membahayakan janin dalam kandungan seperti bersukan atau apa- apa aktiviti yang lasak kerana tak tahu sedang hamil.

Alat UPT ni boleh didapati dengan mudah di farmasi dan pusat kesihatan. Ada yang mahal ada yang murah. Anda boleh buat sendiri ujian menggunakan alat UPT ini di rumah. UPT ni bertindak dengan cara mengukur kadar hCG ( human chorionic godotrophin) di dalam urine. 

Ia adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta dan akan meningkat pada awal kehamilan. Jadi bila kita lakukan ujian kehamilan pada waktu ini dan alat UPT tadi menunjukkan dua garis bewarna merah, maka secara automatiknya ia menunjukkan ada hormon hCG dalam urine anda, atau dengan kata lain anda sedang hamil.  
TETAPI menurut satu kajian yang telah dijalankan, walaupun kaedah pemakaian alat UPT telah diikuti dengan betul, masih terdapat kemungkinan alat UPT ini memberi keputusan tidak betul.

Ini kerana proses penempelan embrio ke dinding rahim berbeza bagi setiap wanita. Kebiasaanya proses penempelan embrio terjadi pada hari ke-6 hingga hari ke-12 selepas hari pertama menstruasi (haid) terakhir terjadi. Akan tetapi, ada juga beberapa situasi di mana penempelan embrio sudah berlaku hanya 1 hari selepas haid terakhir. Inilah yang menyebabkan berlakunya perbezaan pada setiap wanita yang menyebabkan adanya ujian UPT menunjukkan tanda negatif sedangkan proses kehamilan telah berlaku.

Tips menggunakan alat ujian kehamilan supaya dapat keputusan yang tepat!

  1. Sebaiknya lakukan ujian kehamilan 3-4 hari setelah lewat datang haid. Kalau masih menunjukkan keputusan negatif ulangi ujian selepas seminggu lewat period. Ini kerana keputusan boleh jadi negatif jika dilakukan terlalu awal. Kebiasaanya jalur pada alat ujian kehamilan akan menunjukkan warna yang lebih terang jika ujian dilakukan selepas 4 hari. 

  2. Lihat tarikh semasa melakukan ujian kehamilan. 

  3. Jangan simpan alat ujian kehamilan yang digunakan di tempat yang lembap (contohnya bilik mandi). 

  4. Baca arahan penggunaan yang telah disertakan bersama paket alat ujian kehamilan. 

  5. Ujian ini paling baik dilakukan dengan menggunakan urine pertama (sebaik sahaja bangun dari tidur di waktu pagi) kerana nilai hCG tinggi pada waktu ini. Untuk dapat keputusan yang lebih tepat kumpul urine pada pertengahan proses membuang air kecil. 

  6. Baca keputusan ujian kehamilan selepas test strip UPT direndamkan selama 30 saat ataupun sehingga jalur warna muncul. Baca keputusan dalam masa 5- 20 minit kerana keputusan hanya sah dalam tempoh ini.
Ujian kehamilan UPT ni mempunyai ketepatan sehingga 97% jika digunakan dengan teknik yang betul. Tapi kalau masih ragu-ragu bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan. Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengesan kuantiti HCG atau ujian ultrasound untuk memastikan kewujudan janin dalam rahim.

Tahniah Anda Hamil. Jom dapatkan Set Kehamilan Terbaik ini

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive