Thursday, April 21, 2016

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan

 

Senarai makanan yang tidak digalakkan untuk diambil oleh wanita semasa datang bulan

1. Daging berlemak

Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.

2. Ais Krim

Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita semasa datang bulan tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan?

Produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.

 3. Snek dan kerepek

Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung

 4. Cokelat, biskut dan kek

Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.

Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba mengambil buah-buahan seperti mangga dan buah pic.

 5.Kopi

Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut.

Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

 6. Minuman tenaga

Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut. 

Jika anda mempunyai masalah senggugut ketika datang bulan, anda boleh mencuba Set Senggugut Shaklee.
Ketahui cara melancarkan darah haid anda di SINI

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang:
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapss: 013-4505852 
 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive