Friday, March 18, 2016

Rawat Kanser Usus Cara Mudah


Suami saya mendapat perkhabaran kawannya meninggal dunia akibat kanser usus. Dalam usia yang masih muda arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Dan yang paling menyedihkan ketika arwah meninggal isterinya masih lagi berada dalam pantang melahirkan anaknya yang ketiga.

Menurut cerita abag iparnya, ketika masih hidup arwah sangat suka minum air berkarbonat, mungkin itulah puncanya dia mendapat kanser usus. Sememangnya air berkarbonat ni jika diamalkan sehari-hari boleh menjadi punca segala penyakit, itulah bahayanya minuman berkarbonat ini.

Apa itu Kanser Usus

Usus dan rektum merupakan sebahagian dari sistem pencernaan yang berfungsi mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa tersebut sehingga ia dikeluarkan dari tubuh sebagai najis. 

Seseorang dikatakan mengidap kanser usus bermula dari 180 cm ataupun 6 kaki pertama usus besar. Di situlah makanan akan ditukarkan menjadi najis dan ia akan bergerak ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 cm atau 6 inci terakhir usus besar usus besar yang berakhir dengan dubur.

Punca sebenar masalah kanser usus atau kolon adalah tidak diketahui, tetapi dipercayai bermula dari gaya hidup dan pemakanan seseorang. Kanser usus terjadi apabila terdapatnya sel-sel yang tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar

Punca Kanser Usus

  1. Golongan berusia cenderung terdedah kepada kanser usus terutama yang berumur 50 tahun ke atas. 
  2. Kurangnya mengambil makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  
  3. Pengidap diabetes dan obesiti.   
  4. Pengambilan alkohol dan perokok   
  5. Mempunyai keluarga yang memiliki sejarah kanser usus meningkatkan potensi untuk mengidap kanser usus.   
  6. Keluarga yang memiliki polip usus atau penyakit usus, penyakit ulserative usus ataupun penyakit Crohn.

Tanda Kanser Usus 

Kanser usus seringkali kurang menampakkan tanda-tanda sehingga ia berada diperingkat kritikal. Antara gejala-gejala kanser usus adalah seperti;

  1. Najis berdarah   
  2. Cirit-birit atau sembelit yang berlainan dari biasa.   
  3. Sering sakit perut  
  4. Sering letih   
  5. Penurunan berat badan yang tidak pasti punca sebenar.

Tahap Kanser Usus





Tahap 0
Merupakan tahap dimana sel kanser dikenalpasti pada lapisan dalam usus atau rektum.
 
Tahap 1 Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke dinding-dinding usus atau rektum tetapi belum merebak keluar.
 
Tahap 2 Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah menyerang rangkaian sekitarnya tetapi belum merebak ke kelenjar lain.
 
Tahap 3 Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke kelenjar lain tetapi belum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
 
Tahap 4 Merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke bahagian tubuh yang lain misalnya hati dan paru-paru.

Rawatan Pengesanan Kanser Usus

1. Pemeriksaan Rektal Secara Digital
Melalui ujian ini, doktor akan  membuat pemeriksaan terhadap beberapa inci pertama bahagian rektum untuk polyp besar dan kanser. Kaedah ini selamat dan tidak menyakitkan. Akan tetapi ia hanya melibatkan bahagian bawah rektum dan tidak boleh mengesan masalah lain di bahagian atas rektum dan kolon.

2. Ujian darah fekal okulta
Ujian ini mengesan kehadiran darah pada najis. Akan tetapi tidak semua darah memberikan keputusan bahawa anda pengidap kanser, dan tidak semua pesakit kanser mempunyai najis berdarah. Ini juga tidak menghasilkan keputusan yang tepat kerana kehadiran darah dalam najis mungkin juga disebabkan oleh buasir atau keadaan usus selain kanser.

3. Sigmoidoskopi yang fleksibel
Doktor akan menggunakan tiub yang fleksible, halus dan hujungnya berlampu untuk memeriksa rektum dan sigmoid yang terletak lebih kurang dua kaki terakhir dalam kolon anda.

4. Enema barium
Sinar X digunakan untuk melihat keseluruhan usus besar. Barium, merupakan sejenis bahan pencelup kontras diletakkan dalam usus. Kandungan udara akan ditambah sewaktu ujian ini dijalankan. Barium akan mengisi dan melapisi lapisan bowel, mencipta salah satu bayangan rektum serta kolon. Sigmoidoskopi yang fleksibel selalu dilakukan sebagai tambahan kepada enema bariun untuk membantu mengesan polyp-polyp kecil yang tertinggal di bawah sinar X enema barium, lebih-lebih lagi di bahagian bawah bowel dan rektum.

5. Kolonoskopi
Kolonoskopi merupakan ujian yang paling sensitif untuk kanser usus, kanser rektal dan polyp. Jika terdapat mana-mana polyp sewaktu pemeriksaan, doktor mungkin akan membuangnya atau mengambil sampel tisu (biopsi) untuk dianalisis.

Cegahlah Kanser Usus Sebelum Terlewat 

Langkah terbaik dalam mencegah kanser usus adalah dengan :
  • Mengamalkan pemakanan seperti makanan tinggi serat contohnya bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran.  
  • Elakkan mengambil makanan yang menggunakan tinggi bahan pewarna dan pengawet. 
  • Elakkan alkohol 
  • Berhentilah merokok. 
  • Pengambilan air putih yang mencukupi juga membantu. 
  • Stress turut menyumbang kepada masalah kanser usus. Jadi, uruslah stress dengan baik !!  
  • Bagi mereka yang telah berusia melebihi 50 tahun, usahakanlah untuk membuat ujian saringan kanser sebagai salah satu pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

Rawat Kanser Usus Tanpa Pembedahan Dengan Vivix

Bukan satu atau dua, malah banyak penghidap kanser di dapati bebas kanser apabila mereka konsisten mengambil vivix. Hasil pemeriksaan mendapati sel kanser semakin merosot, malah ada yang menunjukkan sel kanser telah hilang seakan pesakit tidak pernah menghidapi kanser.

Apakah kandungan vivix yang mampu menentang sel kanser?

Resveratrol 


Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang dipanggil phytoalexin atau bahan kimia semulajadi yang dikeluarkankan oleh sesetengah tumbuhan dimana fungsinya adalah sebagai agen pertahanan apabila diserang oleh penyakit dan serangan bakteria atau kulat ataupun pathogen yang lain.

Ia terhasil daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Resveratrol boleh didapati daripada tumbuhan, buah-buahan dan bijian. Namun, kulit anggur merah iaitu anggur muscadine mengandungi kandungan resveratrol yang paling tinggi selain rasberi dan kekacang.  

Anggur Muscadine mempunyai ikatan kimia yang jauh berbeza berbanding anggur-anggur yang lain kerana ianya kaya dengan anthocyanins yang mana mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan anti-tumor antaranya menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran darah dalam sesetengah tumor termasuklah enzim perebak tumor.

Merencatkan Pertumbuhan Sel Kanser

Resveratrol dipercayai dapat merencatkan pertumbuhan sel kanser selain dapat membina daya ketahanan terhadap kanser di mana terdapat 3 fasa iaitu:

1.Fasa Pertama
Pada fasa ini, resveratrol bertindak mengurangkan kerosakkan sel-sel sihat yang berpunca dari serangan agen-agen karsinogenik

2. Fasa Pertumbuhan 
Resvertrol mengaktifkan gen Sirtuin 1 iaitu gen anti-penuaan bagi tujuan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser

3. Fasa Pertumbuhan Pesat
 Di peringkat ini, resveratrol membantu mempercepatkan proses apoptosis iaitu proses mematikan sel-sel kanser

Laporan & Kajian

America Cancer Institute
  • Institusi ini melaporkan bahawa resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa dimana ia dapat mengurangkan pengaktifan NF kappa B iaitu sejenis protien yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.
  • Menurut mereka juga, dengan meminum sumber resveratrol setiap hari mampu menurunkan risiko kanser prostat dan dengan meminumnya sekali seminggu boleh mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.
Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College
  • Menurut laporan kajian, resveratrol menjadikan proses poliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.
University Children’s Hospital in Ulm, Germany
  • Hasil kajian yang dilakukan membuktikan resveratrol merupakan agen penentang kanser.

Pertumbuhan Sel Kanser Kolon & Payudara Terbantut

Resveratrol merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon secara signifikan
Resveratrol merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon secara signifikan

Testimoni Kanser Usus Dengan Vivix




Perlukan penawar tinggi anti oksidan untuk merawat kanser usus anda? VIVIX penawar paling mujarab kerana diperbuat dari bahan tinggi anti oksidan bagi memerangi sel kanser. 

Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
#blogvivix2016
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive