KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan,Sentiasa Mesra Alam

PELUANG BERSAMA SHAKLEE

Kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa jua.

SET KURUS TERHEBAT

Kurus, sihat dan cantik bersama shaklee.

SET KULIT CANTIK HALUS DAN GEBU

Sebaik-baik kecantikan dan seelok-elok keindahan ialah akhlak yang mulia.

SET BERSALIN IDAMAN IBU-IBU

Hubungi saya segera dan dapatkan set hebat ini dengan harga yang istimewa

Tuesday, August 8, 2017

Cara Elak Buah Pinggang Kecut Dari Dialisis


Saya mendapat whatapps dari seorang lelaki pada 25/5/2017 lebih kurang jam 11.00 malam. Masa tu baru balik dari solat terawih dalam bulan Ramadhan. Kata lelaki ni, mak dia ada masalah buah pinggang kecut dan doktor plan untuk buat dialisis sekiranya bacaan kreatinin mak dia naik hingga 700. Dia berminat nak cuba vivix untuk sembuhkan penyakit buah pinggang mak dia.

Esoknya dia beli 2 botol vivix untuk maknya. Saya call mak dia citer cara makan semua dan pantang larang yang perlu makcik ni ikut. 2 minggu lepas tu saya call bercakap dengan makcik ni nak tahu keadaan nya macam mana. Alhamdulillah kata makcik ni kaki dia yang bengkak sebab gout dah surut, dah tak sakit, jalan pun tak perlu dah nak pakai tongkat.

Saya minta anak lelaki makcik ni informkan saya setiap kali mak dia ada check up. Alhamdulillah bila anak dia whatapps kat saya dan tunjuk result mak dia saya tumpang gembira sebab ada perkembangan yang positif setiap kali follow up.



Bacaan sebelum makan vivix 12/5 dan  25/5 fungsi buah pinggang semakin merosot dari 326 - 443. Bacaan kreatinin makin tinggi.

Setelah minum vivix:

12/6 Bacaan kreatinin sudah mula berkurang dari 443 - 387


14/7 Bacaan kreatinin makin menurun dari 387-320

Follow up seterusnya pada bulan september nanti.  Semoga kesihatan makcik ni akan bertambah baik, insyaAllah.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  



Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Thursday, August 3, 2017

Darah Haid Berketul-Ketul Tanda Fibroid Dan Endometriosis



Sering kali kita bertanyakan kenapa darah period atau darah haid berketul. Kebiasaan darah period yang berketul terhasil pada permulaan hari seseorang itu datang bulan. Hari pertama akan rasa sakit pada kemaluan , ini kerana ketulan yang terhasil adalah besar dan sukar untuk keluar. Gumpalan itu boleh berupa warna merah terang atau merah pekat.Gumpalan ini kerap dikeluarkan semasa tempoh pendarahan paling banyak. Kehadiran pelbagai gumpalan boleh menyebabkan darah haid lebih banyak dari biasa.

Kenapa Berlakunya Gumpalan Darah?

Tubuh biasanya melepaskan bahan antikoagulan untuk memastikan darah haid tidak bergumpal apabila dikeluarkan.Tetapi apabila haid terlampau banyak dan keluar dgn laju maka bahan antikoagulan ini tidak mempunyai masa yang cukup untuk berfungsi sekaligus menyebabkan darah bergumpal. Jika anda mengalami gumpalan darah berlebihan berjumpalah dgn doktor utk memastikan keadaan itu bukan satu masalah yg boleh membahayakan diri anda.

Gejala Utama Darah Beku Yang Tidak Normal Semasa Haid

  • Darah beku besar dan banyak
  • Terdapat darah beku selepas haid atau antara haid
  • Peredaran darah beku besar disertakan dengan rasa sakit
  • Semasa hamil, keluar darah beku adalah tidak normal sama ada sakit atau tidak dan terutamanya jika darah beku adalah besar

Gejala Sampingan:

  • Keletihan yang luar biasa dan teruk walaupun melakukan aktiviti normal
  • Pening
  • Kulit menjadi pucat
  • Haid yang tidak teratur atau mengalami pendarahan antara haid

Punca Lain Yang Menyebabkan Gumpalan Darah Haid

1) Keguguran

Wanita yg telah mengalami keguguran boleh mengeluarkan gumpalan darah atau ketulan tisu berwarna kelabu daripada vagina.Jika terdapat sebarang kemungkinan anda hamil,pastikan anda segera mendapatkan pemeriksaan doktor dgn segera jika anda menyedari sebarang pendarahan atau gumpalan darah berlebihan.

2) Fibroid

Fibroid uterin turut dikenali sbg Ieiomioma.Ini adalah tumor bukan kanser yg terbentuk dlm uterus atau rahim.Kebanyakkan wanita yang memiliki fibroid kecil tidak mempunyai sebarang gejala.Tetapi wania yg memiliki fibroid boleh menyedari jumlah darah haid yg lebih banyak drpd biasa.Jika anda mengalami pengaliran yg lebih byk drpd biasa anda mungkin mempunyai fibroid.Segeralah berjumpa doktor.

3) Perubahan Hormon

Tubuh kita bergantung kpd keseimbangan PROGESTERON & ESTROGEN. Hormon ini mengatur penghasilan & penanggalan pelapik uterin.Apabila keseimbangan ini diganggu ia boleh membawa kpd pembentukan pelapik uterin yg berlebihan. Ketebalan ini menyumbang kepeda pendarahan lebih dari biasa.Ia juga boleh menyebabkan gumpalan dlm darah haid apabila lapisan ini ditanggalkan. Perubahan hormon boleh berlaku utk banyak sebab,termasuklah:-
  • menopaus
  • perubahan berat badan secara dramatik
  • kesan sampingan drpd ubatan termasuk steroid
  • rahim besar
Jika rahim telah mengembang semasa kehamilan dan tidak kembali semula ke saiz asal,ia boleh kekal membesar.Dengan rahim yg besar darah haid boleh memiliki masa utk mengutip & mengumpal sblm ia dikeluarkan drpd tubuh.Keadaan ini boleh membawa kesan kpd warna gelap atau penebalan aliran haid.

4) Darah Haid Yang Tersekat

Sebarang benda yg menyekat aliran darah haid drpd rahim melalui serviks & keluar dr vagina boleh membawa kpd masalah2 dgn gumpalan,warna @ ketebalan darah haid.Polip benign dlm rahim boleh mengubah aliran darah semasa haid.Pengaliran ini juga boleh menjadi perlahan semasa tempoh menopaus apabila terowong serviks menjadi lebih kecil jika tahap estrogen menurun.

5) Adenomiosis Atau Endometriosis

Keadaan yg berkait ini muncul apabila tisu yg terbentuk drpd pelapik rahim ditemui dlm kawasan yg salah.Dalam adenomiosis ia tumbuh dlm otot yg membentuk dindinh rahim.Kedua2 keadaan inu boleh membawa kpd haid tidak normal & pengaliran banyak.Ini boleh meningkatkan risiko terjadinya masalah2 darah haid seperti gumpalan atau ketebalan.

Cara Mencegah  Berlaku Gumpalan Darah Ketika Haid

Disini saya cadangkan agar anda mengambil supplement semulajadi dari SHAKLEE. Anda disarankan utk mengambil SET LANCARKAN HAID & BETULKAN PERIOD dan atasi SENGGUGUT. Ianya amat sesuai bagi anda yg mempunyai masalah haid tidak lancar,tidak teratur,terlalu banyak & lain2.

Antaranya ialah:-
  1. Vivix -  mengandungi resveratrol dan polifenol yang mempunyai kesan antioksidan yang sangat kuat. Ia membantu memperbaiki sel-sel yang rosak sehingga peringkat DNA.
  2. Gla Complex - GLA bukan saja dpt atasi masalah period ttpi juga dpt meningkatkan kesuburan & memberi peluang yg tinggi utk mereka yg telah lama merancang utk hamil tetapi tidak berhasil. Selain itu GLA juga dpt mencantikkan kulit wajah & menjadikan kulit wajah anda lebih tegang ,muda,anjal & berseri2.

Ini antara testimoni pengguna yang berjaya mengatasi masalah haid mereka dengan suplemen Shaklee. 





 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix dan Gla Complex Shaklee anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli. 
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma: 

SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement 

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk  Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.





Sunday, July 30, 2017

Kenapa Perlu Ambil Ubat Cair Darah Warfarin?



Warfarin ialah sejenis ubat yang digunakan bagi menghalang pembekuan darah yang pekat. Ianya lebih popular dengan panggilan ‘ubat cair darah’ dalam kalangan pesakit. Walaupun begitu, sebenarnya warfarin tidak mencairkan darah tetapi menghalang darah daripada mudah membeku dan membentuk gumpalan yang mampu menyekat perjalanan darah yang seterusnya menyebabkan komplikasi penyakit seperti serangan jantung, strok ataupun pulmonari embolisma.


Warfarin digunakan bagi merawat penyakit yang dipanggil venous thrombosis (pembekuan darah pada salur darah vena) dan cabangnya iaitu pulmonari embolisma (pembekuan darah pada paru-paru). Ia juga digunakan pada pesakit yang mempunyai degupan jantung yang tidak sekata (atrial fibrillation) ataupun pesakit yang telah menjalani penukaran injap pada jantung. Selain daripada itu, warfarin juga digunakan bagi mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung kali kedua dan strok.

Bagi pesakit yang mengambil warfarin, lazimnya kepekatan darah akan sentiasa dipantau bagi mencapai keberkesanan yang disasarkan selain mengelakkan risiko pendarahan. Bagi tujuan permonitoran darah, International Normalised Ratio (INR) digunakan sebagai kayu pengukur kepada kepekatan darah. Biasanya sasaran kepekatan darah adalah antara INR 2.0 – 3.0 dan kepekatan darah yang melepasi 4.0 dikatakan tidak mempunyai kelebihan dari segi keberkesanan dan boleh mendedahkan pesakit kepada risiko pendarahan. Oleh itu, sasaran kepekatan darah yang digunakan adalah spesifik bagi setiap individu pesakit mengikut kepada indikasi warfarin tersebut.

Warfarin berfungsi dengan cara menghalang pembentukan semula vitamin K di dalam badan manusia. Oleh sebab itu, warfarin juga dikenali sebagai antagonis kepada vitamin K (vitamin K antagonists). Maka, sebarang makanan yang mempunyai banyak vitamin K mampu mengurangkan keberkesanan warfarin dalam menghalang pembekuan darah.

Antara sumber makanan yang mempunyai kandungan vitamin K yang tingggi adalah seperti hati, sayur brokoli, tauge dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, ketumbar dan kubis. Selain daripada itu, warfarin juga bertindakbalas dengan buah kranberi dan anggur.

Justeru, pesakit yang mengambil ubat warfarin ini haruslah menjaga pemakanan mereka agar keberkesanan rawatan warfarin dapat dicapai dan diteruskan selain mengelakkan pendarahan daripada berlaku. Sebarang perubahan ketara kepada diet harian mahupun pengambilan ubat-ubatan lain hendaklah dilakukan selepas berbincang dengan pakar perubatan yang merawat dan ahli farmasi.

Isu yang sering dibangkitkan berkaitan dengan penggunaan warfarin ini adalah risiko pendarahan. Oleh itu, pesakit yang mengambil ubat warfarin kerap dinasihatkan agar sentiasa memerhatikan sebarang tanda-tanda pendarahan yang mungkin berlaku seperti kencing atau najis berdarah, kewujudan tanda-tanda lebam pada anggota badan, pendarahan pada gusi atau anggota lain yang tidak berhenti dan najis yang bertukar warna kepada warna hitam pekat. Selain daripada itu, risiko pendarahan juga boleh berlaku melalui pendarahan semasa haid yang melampau dan juga pendarahan hidung yang tidak berhenti.

Pesakit yang mempunyai sebarang tanda-tanda pendarahan adalah dinasihatkan agar terus berjumpa dengan doktor dan membawa bersama semua ubat yang diambil termasuklah warfarin bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai punca pendarahan tersebut.

Pesakit-pesakit yang menerima rawatan warfarin juga hendaklah sentiasa berwaspada apabila hendak melakukan sebarang prosedur kesihatan seperti rawatan pergigian. Menjadi tanggungjawab pesakit untuk memberitahu doktor berkaitan ubat warfarin yang diambil bagi mengelakkan risiko pendarahan yang mungkin berlaku.

Bagi memastikan pesakit yang mengambil warfarin dapat mencapai keberkesanan yang diingini dan mengelakkan sebarang risiko pendarahan, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mewujudkan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) warfarin. Perkhidmatan MTAC Warfarin ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai farmasi di hospital.

Melalui program MTAC Warfarin ini, pesakit boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai warfarin, diet dan pemakanan, interaksi warfarin dengan ubat-ubatan lain serta tahap kepekatan darah (INR) mereka. Setiap pesakit diberikan buku rekod warfarin agar pesakit boleh merekodkan bacaan INR dan seterusnya memantau perkembangan kepekatan darah mereka.

Pesakit disarankan untuk mengambil warfarin sebelum makan malam bagi memastikan ianya mencapai keberkesanan yang optima. Sekiranya pesakit terlupa untuk mengambil warfarin sebelum makan, ia boleh diambil dua jam selepas makan. Walau bagaimanapun, jika pesakit terlupa untuk mengambil warfarin pada hari yang sama, pesakit boleh mengambil dos warfarin yang seterusnya pada waktu dan dos yang sama pada hari esok. Pesakit tidak boleh sama sekali menggandakan dos warfarin pada hari itu bagi menampung kekurangan dos yang terlupa diambil semalam harinya.

Dengan kerjasama erat dalam kalangan profesional kesihatan dan pesakit, adalah diharapkan keberkesanan rawatan warfarin yang optima dapat dicapai dan dalam masa yang sama, risiko pendarahan dapat dielakkan.
kredit: fb kkm

Testimoni Vivix Membantu Pesakit Darah Tinggi dan Darah Beku


"Mula2 doktor bgtau kakak.. abg xde harapan utk sembuh... bukan lagi 50-50 tapi chances cuma 30%. 
Itu yang kakak gugel sepanjang malam dan cari info pasal supplement stroke yg boleh kakak bagi abg.. dan kakak tbaca testimoni Vivix Shaklee... sebab itu kakak contact Aya tu dan bertanya... 
Memang la mahal Vivix ni tapi duit boleh cari kan... kakak akan menyesal seumur hidup kalau masanya hubby kakak pergi dan kakak tidak berikhtiar utk bantu sembuhkan hubby kakak.. "

Ini antara mesej Customer saya yg sgt kuat berjuang untuk membantu suaminya yg sedang stroke disebabkan masalah saluran jantung burst.

Pagi ni sy kongsikan salah SATU perubahan yang dialami selepas memulakan pengambilan Vivix seawal 5 hari (nanti akan kongsikan perubahan lain). Semoga suami customer sy ni diberikan kesembuhan dan sihat seperti sediakala ya, tolong aminkan ya

Selepas menjalani pembedahan hampir 2 bulan lepas, tekanan darah suami tinggi, kena makan ubat pencair darah. Namun, selepas memulakan Vivix, alhamdulillah dengan izinnya tekanan darah turun dan warfarin dihentikan.

So jika Suami, Bapa, Mak dan insan-insan tersayang sedang mengambil ubat pencair darah, jangan takut untuk mencuba Vivix. InsyaAllah ia mungkin menjadi titik perubahan untuk hidup lebih sihat.

Kita ikhtiarkan saja, Allah juga yang memberi kesembuhan.
 

Lagi Testimoni Vivix Membantu Pesakit Darah Beku

Kenali VIVIX : 13 Kali Lebih Hebat dari Resveratrol


Vivix ialah sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 

4 fakta di bawah terbukti vivix memang hebat. 

  1. Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 13 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!
  2. Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.
  3. Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.
  4. Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods )
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Wednesday, July 26, 2017

Tak Nak Bedah Pasang Lutut Besi, Amalkan Pemakanan Ini.

Kaedah implan adalah inisiatif terakhir boleh dipilih
Pernahkah anda mengalami kesakitan di bahagian lutut? Pasti terlintas di fikiran masing-masing berpendapat individu yang sering mengalami masalah sendi ini merupakan warga emas yang menghadapi penyakit osteoporosis.

Berkesempatan bertemu Pengajar Klinikal Bahagian Operasi, KPJ Selangor, Suzila Kasnon baru-baru ini memberikan sedikit informasi kepada penulis untuk dikongsi bersama pembaca mengenai masalah lutut berdasarkan pengalamannya.

Suzila berkata, tidak dinafi kan masalah sendi lutut selalu dihadapi warga emas kerana faktor usia dan tulang yang rapuh.

Menurutnya, lutut merupakan sendi yang menghubungkan paha dengan kaki dan mengandungi dua persendian iaitu satu di antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia), dan satu lagi di antara femur dan tulang di depan sendi lutut (patela).

“Lutut juga bahagian tubuh yang berfungsi menampung berat badan dan sekiranya bahagian lutut mengalami masalah, maka akan mengganggu keseimbangan badan untuk berdiri dan berjalan.

“Masalah lutut ini berpunca daripada rawan iaitu tisu kuat yang menjadi pelincir sendi lutut telah habis atau berkurangan sehingga sendi bergesel antara satu sama lain seterusnya menyebabkan kesakitan,” katanya kepada penulis.

Berdasarkan pengalamannya, pesakit yang mengalami masalah ini salah satu puncanya adalah osteoporosis dan selalunya membabitkan golongan berusia.

Bagi yang muda pula biasanya mengalami kecederaan lutut kerana pembabitan dalam sukan.

“Masalah kecederaan rawan boleh juga berlaku kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan kuman pada sendi misalnya artritis septik.

“Selain kanak-kanak, artritis septik boleh dialami kalangan pesakit tibi, HIV dan diabetes. Selain itu ia berlaku juga kalangan pesakit kanser, pesakit gout dan rheumatoid arthritis,” katanya.

Implan lutut


Kata Suzila, sekiranya sakit berlarutan dan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk menyembuhkannya, satu lagi kaedah boleh dilakukan pesakit iaitu melalui pembedahan implan lutut.

“Implan yang menyerupai kepala lutut ini dapat menggantikan tulang yang rosak akibat geseran sendi dan memberikan pesakit peluang kedua untuk berjalan dan melakukan aktiviti disukai.

“Pemilihan implan yang diperbuat daripada titanium perlulah bersesuaian dengan tulang pesakit dan tidak menggunakan implan daripada material besi lain yang mungkin mengundang masalah lain pada badan,” katanya.

Suzila berkata, setiap pembedahan pasti ada kesan yang tidak sama dengan asal. Begitu juga dengan penggunaan implan lutut ini kerana lutut pengguna tidak boleh terlalu dibengkokkan.

“Jika lutut asal, boleh dibengkokkan sehingga termampu, tetapi tidak bagi lutut implan dan pergerakan juga tidaklah boleh seaktif sebelum penukaran lutut kerana ditakuti implan tidak bertahan jika bergerak terlalu banyak.

“Setakat ini, pesakit yang berumur 50 tahun ke atas yang sesuai melakukan pembedahan penukaran lutut ini terutama perempuan dan amat jarang dilakukan pada golongan muda,” katanya.

Untuk menukar lutut sebelah kaki kata Suzila, selalunya memakan masa 90 minit yang dilakukan oleh doktor pakar dengan anggaran kos RM15,000.

“Memang agak mahal pertukaran implan ini kerana kos implan sahaja sudah menjangkau RM10,000. Belum kos pembedahan dan teknikal yang digunakan.

“Oleh itu, kaedah ini adalah alternatif terakhir boleh diambil pesakit sekiranya cara lain telah digunakan untuk mendapatkan keselesaan lutut masing-masing,” katanya.

Pengambilan Kalsium


Terdapat juga kes selepas pembedahan kata Suzila, ada pesakit datang semula ke hospital kerana mengalami masalah berkaitan lutut barunya.

“Keradangan ini berlaku ada disebabkan implan atau simen digunakan tidak sesuai dengan tulang dan badan. Ada juga berlaku kerana pesakit tidak menjaga aktiviti hariannya seperti yang dipesan oleh doktor.

“Oleh sebab itu, selalunya pihak hospital akan meneruskan pemerhatian ke atas pesakit untuk melihat implan yang ditukar sesuai ataupun tidak pada badan mereka,” katanya.

Justeru Suzila berkata, untuk mengelak daripada berlakunya radang pada lutut, langkah pencegahan awal perlu dilakukan setiap individu tidak kira usia.

“Penjagaan makanan terutama berasaskan kalsium perlu dititikberatkan setiap masyarakat untuk menguatkan tulang dan mengelak daripada terkena radang lutut sehingga mengganggu aktiviti harian.

“Antara makanan perlu diambil adalah banyakkan minum susu terutama bagi wanita yang berumur 30 tahun ke atas.

Selain itu, boleh mengambil makanan tambahan lain berasaskan kalsium untuk mengganti susu,” katanya.

Sumber 

Supplement Membantu Mengatasi Sakit Sendi Lutut Dan Saraf

1. Vivix Kaya Dengan Polifenol Dan Resveratrol

Dalam satu jurnal kajian saintifik bertajuk Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Neutraceutricals for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012; 13(4): 4202-4232.), dapat disimpulkan bahawa telah terbukti resveratrol boleh membantu:
  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.
Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:
  • Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
  • Pergerakan.
  • Kekakuan (stiffness).
  • Ketidakselesaan sendi.
Secara spesifiknya kajian saintifik ini dijalankan terhadap penyakit osteoarthritis (OA), iaitu sejenis penyakit pada sendi yang serius. Yang mana terjadinya radang pada sendi atau kerosakan pada tulang rawan. Orang yang sakit sendi biasa, kalau tak cegah daripada awal sangat mudah nak kena OA ni.

Kalau nak lebih faham secara ringkasnya, kajian menunjukkan resveratrol (bahan utama dalam Vivix) berkesan untuk mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaki DNA dan menghalang sel daripada bermutasi. Ia bukan saja sangat bagus untuk sendi malah baik untuk pelbagai penyakit lain seperti kanser, Diabetes, Darah Tinggi, Jantung dan banyak lagi.

2. Shaklee Collagen Powder (SCP)

SCP ni bukan sekadar kolagen, malah turut penting untuk kesihatan sendi dan sakit lutut.

Ini disebabkan salah satu kandungannya iaitu Ekstrak kulit kerang. Ekstrak kulit kerang ini mengandungi glukosamine sebagai pelincir sendi (penting untuk mereka yang sakit sendi), menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.

Kalau anda pernah jumpa doktor, memang doktor menyarankan pengambilan suplemen yang mengandungi unsur glukosamine untuk melancarkan sendi. Anda boleh baca fakta berkenaan kepentingan glukosamin. Memang sangat popular di kalangan pesakit lutut, pesakit sendi. 

Testimoni Pengguna Vivix Dan Kolagen Shaklee





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, dan Collagen Shaklee anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli. 
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma: 

SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement 

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk  Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Monday, July 24, 2017

Bahaya Gangrene, Elak Dari Anggota Badan Anda Di Potong






Gangren (sebutan geng-rin) terjadi apabila bekalan darah ke sel atau organ tertentu terputus. Keadaan ini menyebabkan sel atau organ tersebut kekurangan oksigen yang amat sangat hingga menyebabkan kematian organ-organ terbabit. Tisu atau sel-sel yang pada awalnya berwarna kemerah-merahan akan bertukar kebiruan dan akhirnya menjadi kehitaman, sekali gus menghilangkan fungsinya.

Terdapat beberapa jenis gangrene dan ia memerlukan rawatan segera!

Punca Gangrene

a. Penyakit arteri periferal

Penyakit ini masih merupakan punca utama gangren. Ia selalu terjadi pada kaki. Antara faktor risiko penyakit yang telah lama dikenal pasti ialah kencing manis, merokok, kandungan kolesterol tinggi, hipertensi dan penyakit jantung koronari.

b. Darah beku

Penyumbatan secara tiba-tiba selepas serangan jantung. Darah beku yang masuk ke jantung boleh mengakibatkan berlakunya penyumbatan dalam aliran darah. Darah beku pada vena dalam yang selalu terjadi pada kaki (deep vein thrombosis) juga boleh menyebabkan gangren pada anggota tersebut.

c. Kecederaan

Bekalan darah mungkin terputus secara tiba-tiba akibat kemalangan atau akibat suntikan pada pembuluh darah. Tindak balas suntikan ini boleh mengakibatkan penyempitan pada pembuluh darah.
Saluran darah yang mengecut keterlaluan ini mengakibatkan tisu atau sel-sel tubuh tidak mendapat bekalan darah mencukupi.

d. Frosbite 

Gangren terjadi pada keadaan yang terlalu sejuk. Gangren jenis ini biasanya tidak merebak ke anggota lain.

Terdapat 2 jenis gangrene:

Gangrene kering:

Biasanya terjadi pada kaki dan tangan penghidap kencing manis dan penyakit auto-imun. Kaki atau tangan yang terlibat bertukar menjadi hitam dan mereput.

Gangrene basah

Biasanya melibatkan jangkitan. Kecederaan akibat terbakar atau trauma di mana bahagian tubuh hancur atau penyet boleh menyebabkan terputusnya bekalan darah ditempat yang terlibat secara serta-merta; tisu akan mati dan meningkatkan risiko jangkitan. Gangrene jenis ini sangat mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain jika tidak dirawat dengan segera.

Tangan atau kaki adalah antara anggota badan yang biasa terkena gangrene

Jenis gangrene basah termasuklah:

Gangrene dalaman

Jika gangrene berlaku pada bahagian dalaman tubuh akibat aliran darah ke organ dalaman terhalang. Ini biasanya berkaitan dengan organ seperti apendiks atau colon.

Gangrene gas

Gangrene gas jarang berlaku tapi ia sangat bahaya. Ia berlaku apabila terdapat jangkitan terjadi jauh dalam tubuh seperti di dalam otot atau organ, biasanya akibat trauma.

Fournier’s gangrene

Gangrene yang jarang berlaku. Fournier’s berpunca daripada jangkitan pada bahagian sulit. Golongan lelaki lebih tinggi risiko berbanding wanita. Jika jangkitan ini masuk ke salur darah, ia boleh mengancam nyawa.

Gejala Gangrene

Anda mungkin dapat melihat tanda-tanda berikut di tapak gangrene kering:
  • Kulit kering yang mengubah warna dari biru ke hitam
  • Kulit sejuk dan rasa sakit
  • Sakit
Gejala-gejala gangren basah mungkin termasuk:
  • Bengkak dan sakit di tapak jangkitan
  • Warna kulit bertukar daripada merah ke coklat ke hitam
  • Lepuh atau luka yang menghasilkan rembesan yang busuk (nanah)
  • Demam dan berasa kurang sihat
  • Bunyi bising yang datang dari kawasan yang terjejas apabila ditekan
Gangrene dalaman biasanya menyakitkan di bahagian yang terlibat. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai gangrene pada apendiks atau kolon akan dijangkiti dengan sakit perut yang teruk di sekitar gangrene tersebut.

Rawatan Gangrene

Rawatan untuk gangrene melibatkan penghapusan tisu yang mati, merawat dan mencegah penyebaran jangkitan, dan merawat keadaan yang menyebabkan gangrene berkembang. Semakin cepat anda menerima rawatan, semakin tinggi peluang anda untuk pulih. Bergantung pada jenis gangrene, rawatan mungkin termasuk:

1. Pembedahan

Juga dipanggil debridement, dimana tisu mati dibuang secara surgikal untuk mencegah penyebaran jangkitan. Dalam sesetengah keadaan, amputasi (penyingkiran anggota badan yang terjejas, jari atau kaki) mungkin diperlukan.

2. Terapi ulat

Percaya atau tidak, ulat masih memainkan peranan dalam perubatan moden. Maggots menyediakan cara bukan pembedahan untuk membuang tisu mati. Apabila digunakan untuk merawat gangrene, ulat-ulat dari larva lalat (khusus dibiakkan di makmal supaya mereka steril) diletakkan pada luka, di mana mereka memakan tisu mati dan dijangkiti tanpa merosakkan tisu yang sihat. Mereka juga membantu melawan jangkitan dan mempercepat penyembuhan dengan melepaskan bahan yang membunuh bakteria.

3. Antibiotik

Antibiotik digunakan untuk merawat dan mencegah jangkitan. Ini biasanya diberikan oleh suntikan intravena ke dalam urat.

4. Terapi oksigen

Terapi oksigen hiperbarik boleh digunakan dalam sesetengah kes gangrene basah atau ulser yang berkaitan dengan kencing manis atau penyakit arteri periferal. Semasa rawatan, pesakit dimasukkan ke dalam ruang yang direka khas yang dipenuhi dengan oksigen pada tekanan yang lebih tinggi daripada oksigen yang terdapat di udara luar.

Teori ini ialah tahap oksigen yang tinggi ini menembusi darah dan menggalakkan penyembuhan jaringan mati. Terapi oksigen juga boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria yang tidak dapat berkembang dalam persekitaran kaya oksigen.

Gangrene Pulih Dengan Nutrisi Semulajadi

Disamping rawatan hospital seperti di atas, nutrisi pemakanan tambahan juga insya Allah mampu membantu anda memulihkan kulit yang terjejas dan hampir mati.

Vivix  yang kaya dengan resveratrol dan polifenols sangat sesuai diambil oleh pesakit yang mengalami masalah gangrene. Ia berfungsi dengan cara membantu tubuh menghasilkan tisu-tisu baru yang jauh lebih sihat bagi menggantikan tisu-tisu yang telah mati. Ia juga membantu memulihkan saraf-saraf yang terjejas dan rosak.

Kesan selepas konsisten dengan mengambil vivix setiap hari, kawasan hitam pada kaki atau bahagian anggota badan lain yang terjejas akan kembali pulih. Lebih menarik lagi, anggota yang terjejas akan dapat berfungsi seperti biasa dan luka pada kawasan terbabit akan lebih cepat kering dan tertutup, insya Allah.




Testimoni Pengguna VIVIX SHAKLEE Yang Menghidapi Gangrene

Mrs. Letchumy, seorang penghidap kencing manis.  Gangrene kencing manis pada kakinya membuatkan beliau hilang dua jari kakinya. Selepas menjalani amputasi jari kaki, luka tidak sembuh-sembuh. Sejak itu beliau mula mengambil Vivix dan Zinc, lukanya kembali sembuh perlahan-lahan.

Jika anda perhatikan gambar, isi kaki yang baru telah tumbuh semula seawal 2 minggu pengambilan vivix. Luka semakin sembuh dan gangrene pada jari kaki juga semakin pulih. Vivix telah berjaya menstabilkan kandungan gula dalam darah, aliran darah semakin baik, dan sel-sel baru yang lebih sihat telah berjaya dihasilkan bagi melawan gangrene.
Nota penting: tempoh penyembuhan adalah berbeza bagi setiap individu

Walapun Vivix ni bukanlah ubat dan tak menggantikan ubat hospital dalam rawatan gangrene. Tetapi, dengan sokongan antioksidan terbaik seperti Vivix akan dapat membantu menyokong kesihatan secara menyeluruh.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Wednesday, July 19, 2017

Kesan Seawal 2 Minggu, Tak Perasan Tiroid Dah Takda



Alhamdulillah saya ingin share testimoni dari customer saya yang consume vivix untuk atasi masalah batuk yang berpanjangan.

Walopun dah beli 2 botol vivix tapi beliau takut nak minum sebab bimbang tak tahan kalo jadi "body adjusment" dekat beliau.

Hujung bulan 2 baru dia minum, seperti yg dijangka beliau mengalami "body adjusment" demam dan batuk berkahak sampai semput.

Tapi alhamdulillah lepas 2 minggu minum vivix ni, ada perubahan pada bahagian tiroid dia yang sebelum ni agak besar dah mengecil. Nak makan pun jadi mudah kalo tak rasa sangkut.

Saya sendiri tak pernah tau sebelum ni beliau ada masalah macam tu. Alhamdulillah dengan ikhtiar vivix rupanya banyak manfaat yang kita dapat kan.

 "Lepas 3 hari  minum saya demam, batuk berkahak sampai semput. Ada hari yang saya skip. Ni dah 12hb 3, kalau tak silap macam 2 minggu dah makan. Saya baru perasan sebelum ni, tiroid saya rasa besar skit. Nak menelan pun memang kadang-kadang merisaukan. Rasa macam tersangkut, tak lepas.

Ni saya belek-belek, alhamdulillah. Saya tak perasan pun tiroid saya dah macam takda apa-apa. Pegang lembut aje, dah tak rasa besar macam sebelum ni. Patutlah saya makan banyak, rupanya dah tak rasa sangkut huhuu."

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Thursday, July 13, 2017

Akhirnya Berjaya Hamil Selepas Hampir 6 Tahun Berusaha (TTC)

Testimoni ini diambil dari blog nadiamusa.net. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada semua pasangan agar jangan berputus asa untuk mencari ikhtiar agar hamil. Semoga Allah mengurniakan zuriat yang soleh buat anda...insyallah.


Entri kali ini adalah perkongsian kisah bagaimana perjalanan hidup saya berusaha untuk hamil dan mendapatkan zuriat selama hampir 6 tahun. Ya, Hampir 6 tahun selepas kahwin baru saya di sahkan hamil.


Alhamdulillah & Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan rezeki saya hamil selepas hampir 6 tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat. Jom baca perkongsian saya sepenuhnya di bawah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru nak start mengarang dah rasa nak menangis. sob sob sob.. Cerita yang bakal saya kongsi ini agak menyayat hati tapi berakhir dengan kegembiraan. Dan, sebenarnya ia masih agak awal untuk menceritakannya kepada ramai orang. Tapi takpe la, dengan berkongsi kisah ini saya harap anda yang membaca boleh doakan saya & kandungan saya sihat & selamat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada anda yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah.

Saya ingin berkongsi bagaimana saya mengharungi journey sebagai TTC (Berusaha Untuk Hamil). TTC tu nama panjang dia adalah Try To Conceive. Seorang wanita yang sudah berkahwin tapi belum hamil & berusaha untuk mendapatkan nya.

Biasanya perasaan wanita TTC ni agak sensitif apabila bercakap tentang kehamilan & anak. Termasuk lah saya. Tapi bila situasi itu berlaku kena la control kan. Kena tunjuk kat orang yang kita kuat walaupun hakikatnya Allah je yang tahu.

Selepas setahun kami berkahwin, saya dan Mr Hubby membuat keputusan berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan lebih lanjut sebab nak tahu kenapa saya masih belum lagi hamil, risau juga kalau kami ada apa apa masalah. Sebab kami rasa, kalau ada masalah & di kesan di peringkat awal adalah lebih baik sebelum masalah itu menjadi lebih teruk.

Sebenarnya sebelum setahun tu kami memang nak sangat sangat hamil, tapi belum berjumpa doktor lagi. Sebab, orang cakap kalau pergi jumpa doktor pakar pun diaorg memang macam tak nak layan sebab masih baru lagi. 

Pemeriksaan Pertama Untuk TTC (Usaha Hamil)

Kami buat check up pertama kali di KPJ Specialist Damansara. Kami jumpa Dr Maziah. Semasa check up, Doktor terus dapat detect kenapa saya susah nak hamil. Masalahnya adalah berpunca dari period saya yang tidak teratur dan dan juga masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS).


Sebenarnya masa tu Doktor rasa agak pelik jugak. Dia kata biasanya orang yang ada PCOS ni orang berbadan gempal, tapi kenapa saya kurus je.
Anda boleh refer pada link di bawah ini untuk info detail berkenaan polycystic ovarian syndrome (PCOS) 

Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Memandang dah cerita pasal PCOS. So saya cerita sikit kisah PCOS saya.

Semasa saya remaja berumur lebih kurang 19 tahun, ma (mak saya) bawa saya jumpa doktor pakar sakit puan sebab period saya tak teratur. Biasanya 3-4 bulan sekali baru period datang.

Memang dari first time period semasa berumur 17 tahun, period saya tak pernah teratur. Biasa orang first time period umur 12 tahun macam tu kan, tapi saya umur 17 tahun. Sama macam ma, datang period ketika berumur 17 tahun.

Semasa berjumpa doktor pakar waktu itu, doktor ada sebut, “Awak ni kalau lepas kahwin 3 tahun baru boleh dapat anak. Biasanya orang lepas kahwin 3 bulan dah hamil kan, tapi awak ni mungkin lepas 3 tahun baru hamil, tapi jangan risau sebab apa pun Allah yang tentukan segala-galanya“.

Huh!.. Seram sungguh ayat Doktor tu tau. Saya dah start fikir, saya perlu berusaha dari sekarang supaya tak terjadi macam apa yang doktor cakap.

Doktor bagi ubat perancang kat saya, katanya untuk stabilkan hormon. Ubat ni sebenarnya adalah ubat untuk orang yang nak merancang keluarga supaya tak rapat-rapat mengandung.

Doktor juga pesan, supaya saya tak makan ubat tu depan kawan-kawan takut orang salah faham. Nanti orang fikir saya bukan-bukan. Masa tu saya masih duduk di hostel UIA Matrikulasi Gombak. Mungkin Doktor nak elakkan orang lain salah faham dengan ubat saya makan.

Alhamdulillah lepas makan ubat tu ada perubahan tapi ianya bersifat sementara sahaja. Period saya hanya teratur kalau saya makan ubat tu. Tapi bila saya tak makan ia jadi tak teratur balik. Saya tak nak ambil ubat ni dalam jangkamasa panjang sebab saya takut ia akan memberi kesan buruk nanti.

Selain itu, kesan dari ubat tersebut juga buat berat badan saya naik. Kesan perubahan hormon yang di “paksa berubah” oleh ubat itu agaknya. Ubat tu seolah memaksa hormon untuk berubah. Tapi… Doktor juga pesan berat badan saya tak boleh berlebihan. Dah pulak kena diet..huhu..

Lepas tu terpaksa la saya diet untuk mendapatkan berat asal & dah tak nak dah ambik ubat hormon tu lagi.
Okay, kita sambung cerita lepas saya jumpa Doktor Pakar Sakit Puan, Dr Maziah di KPJ Specialist.

Beliau bagi saya ubat kesuburan, nama ubat tu clomid. Ubat ini untuk hasilkan telur matang. Selepas beberapa hari makan perlu jumpa doktor balik untuk check status penghasilan telur.

Selepas saya makan ubat clomid tu, kesannya sangat teruk. Saya jadi loya-loya, rasa nak muntah, pening-pening. Saya selalu MC sebab memang tak tahan dan tak boleh buat kerja. Berat badan saya juga turun sebab tak lalu nak makan. Terbalik dengan ubat perancang yang saya ambil masa remaja dulu. Kali ni turun berat badan pulak. Tapi takpe la dari berat badan naik kan..
Selepas perjumpaan kali kedua, Doktor check hasil makan ubat clomid tu, telur yang dihasilkan tidak seperti yang di inginkan.

Selepas itu, Doktor sarankan saya untuk buat beberapa ujian lain antaranya check darah, ultrasound, HSG & check sperm Mr Hubby.

Memandangkan kos ujian tersebut agak tinggi di Hospital KPJ, saya minta Dr Maziah buatkan surat untuk transferkan kami ke Hospital Putrajaya (government) sebab Company saya bekerja tak cover medical untuk kesuburan. Lagipun saya ada sepupu yang bekerja sebagai HOD untuk bidang sakit puan di Hospital Putrajaya tu. Nama nya Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali
Checkup Di Hospital Putrajaya


Perjumpaan kali pertama saya dengan Dr Hazim, semua ujian yang saya buat dengan Dr Maziah di ulang balik tetapi kali ni lebih detail. 5 botol tabung uji darah saya di ambil, minum air gula untuk check ada diabetes ke tak, scan untuk check PCOS saya. Cuma HSG dan sperm je tak buat sebab perlu buat appointment lain.

Resultnya semua sama, saya ada PCOS iaitu masalah hormone imbalance. Alhamdulillah lain-lain tak ada. Saya tidak obes dan bebas dari diabetes. Dr Hazim terangkan lebih detail apa itu PCOS. Boleh baca apa itu PCOS pada link yang saya bagi di atas.

Appoinment seterusnya saya pergi buat HSG. Seramnya yang amat.  Saya request doktor perempuan buat HSG tu. Doktor tu masukkan camera kecil ke dalam saluran bawah, tempat baby keluar. Lepas selesai procedure ni, saya pun di benar kan balik.

note: Sesetengah orang , lepas buat procedure HSG ni akan sakit perut, dan kemungkinan badan boleh demam dan tak selesa.

Alhamdulillah, saya tak ada kesan sampingan begitu. Lepas selesai procedure tu saya siap boleh bercuti ke Johor dan Singapore lagi… hehe..

Tak lupa juga, Mr Hubby pun buat procedure check sperm count dan sperm quality. Kami pergi ke klinik yang ada lab sebab boleh dapat result terus. Lepas tu bawa report result tu ke Dr Hazim untuk pemeriksaan & penerangan lanjut.
Keputusan Ujian Kesuburan

Selepas kami dapat keputusan ujian tersebut, kami bawa report ujian tersebut kepada Dr Hazim. Alhamdulillah kedua-dua result normal. Result HSG saya, tiub fallipio tidak tersumbat dan result sperm Mr Hubby pun normal.

So, saya perlu makan ubat clomid lagi untuk kali kedua untuk matangkan telur. Kalau ikut pandangan Doktor, kita tidak boleh amik ubat clomid banyak kali sebab takut kesan jangkamasa panjang. Dua kali ok lagi. Kesan sampingan makan ubat clomid kali kedua lebih teruk berbanding dari kali pertama.

Rasa pening, nak muntah, loya tu semua ada tapi kali ni tambah lagi satu, darah period saya keluar tanpa henti sehingga lebih 15 hari. Saya pun telefon Dr Hazim, beliau minta saya datang ke Hospital untuk periksa lebih lanjut.

Dr Hazim bagi saya ubat penahan period sebab period lama sangat. Lepas beberapa hari makan ubat penahan period ni perut sakit memulas, lebih sakit dari senggugut. Sampai saya nangis-nangis tak tahan. Saya jarang menangis sebab sakit kecuali memang betul-betul sakit.

Saya telefon Dr Hazim, beliau suruh segera ke Hospital untuk periksa lebih lanjut. Memandangkan haritu hari cuti, klinik pakar kat Hospital Putrajaya semua tutup. Jadi beliau minta kami ke dewan bersalin. Selepas register saya menunggu giliran untuk masuk ke bilik pemeriksaan.

Selepas di periksa, beliau cakap, perut saya jadi sakit sebab bila period nak keluar dalam masa yang sama ubat penahan period tu menahan dari keluar, itu yang mengakibatkan perut saya sakit. Beliau kata lepas ni kita cuba inject pulak dan buat IUI. Saya fobia dengar inject tu dan fobia jugak kesan sampingan ubat. Selepas itu saya rehat dari buat perubatan moden.

Cuba Kaedah Altenatif Untuk Hamil



Saya rehat dulu seketika dari perubatan moden, dan sambil cari penawar lain selain perubatan moden. Saya nak cari jalan alternatif pulak. Bila orang bagi tahu sesuatu tips, saya selalu cuba.

Macam macam saya dah buat seperti mengurut, makan jamu dan juga berubat ke darul syifa’. Tapi Allah masih belum juga bagi rezeki untuk saya hamil.

Walau bagaimanapun saya masih tidak putus asa. Allah tak suka kita putus asa. Berusaha dan terus berusaha.

Jangan ada istilah putus asa kalau kita nak dapatkan sesuatu dan berdoa selalu. Berusaha tanpa doa pun tak lengkap kan… Amalkan bangun solat malam seperti solat tahjud, solat taubat, solat hajat dan solat witir. Minta sungguh-sungguh dengan Allah. Selebihnya baru kita tawakkal pada Allah.

Dalam masa saya berusaha nak dapatkan zuriat, saya dan Mr Hubby menjalankan kehidupan rumahtangga dengan bahagia walaupun kami tiada zuriat. Kita harus bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Tidak boleh bersedih dengan apa yang kita tak dapat tapi bersyukur dengan apa yang kita dah dapat.

Walaupun Allah belum kurniakan zuriat, banyak lagi Allah dah bagi nikmat lain pada kami. Kehidupan yang bahagia, rezeki banyak, masa yang lapang dan macam macam lagi.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah belum bagi ada sebab dan hikmahnya. Mungkin nak bagi kami mengenali dan bercinta dulu, ye la sebelum kahwin kami tidak bercinta, jadi lepas kahwin baru nak kenal pasangan masing-masing.

Kami banyak berjalan sana sini. Spent time bersama tanpa hirau kan apa orang nak kata. Hanya kami yang tahu apa yang kami buat. Tak kan nak bagitau semua orang apa yang kami usaha untuk dapatkan zuriat pulak kan.
Sebab ada juga orang yang menganggap kami planning. Kami tidak macam tu, semua orang yang dah berkahwin pasti mahukan zuriat kan? Sama la macam kami pun.

Cuba Menggunakan Suplimen Untuk Betulkan Period Tak Teratur


Satu hari, saya di perkenal kan oleh kawan saya satu supplimen untuk lancar kan period saya. Nama supimen tu GLA Complex dari Shaklee. Kawan saya dah makan 2 bulan Alhamdulillah berhasil, period beliau lancar. Lepas dia bercerita testimoni dirinya sendiri, saya pun buat research berkenaan supplimen ni. Saya jenis anti supplimen. Tapi tu dulu la, sekarang Jatuh CINTA dengan supplimen..hehe

Selepas buat research beberapa hari, saya dapati supplimen ni Halal, ada kelulusan KKM dan supplimen ini rupanya telah di uji langsung ke atas badan manusia oleh pakar perubatan. Bukan seperti kebanyakan produk perubatan lain yang uji kaji nya di buat ke atas haiwan. Bagi saya ini point yang baik sebab ia bermaksud produk ini memang selamat ke atas manusia.

So, setelah saya yakin, saya pun decide nak beli. Saya minta kawan saya belikan supplimen tu dari kawannya. Saya pun consume, selepas makan saya rasa serasi walaupun belum pulih sepenuhnya. Ada perubahan selepas saya ambil supplimen ini. Tapi belum dapat period tiap-tiap bulan, cuma dah makin dekat gap antara satu period ke satu period, tidak seperti dulu.

Memandangkan supplimen ni serasi dengan saya, saya mula buat research lagi produk lain yang Syarikat Shaklee ada. Research punya research, rupanya Shaklee ada set kesuburan. Wow, ini yang saya cari. supplimen semula jadi tanpa pengawet, tanpa dadah dan tanpa bahan sintetik.

Nak tahu apa beza sintetik dengan bukan sintetik sila layari link di bawah ini

http://www.globalhealingcenter.com/natural-health/synthetic-vs-natural-vitamins/

Cuba Menggunakan Supplimen Untuk Kesuburan

Sebab kan teringin sangat nak hamil, saya pun mula consume set kesuburan shaklee. Saya sangat suka supplimen ni sebab ia adalah produk natural. Tiada kesan sampingan macam saya makan ubat Doktor dulu. Malah saya rasa badan semakin sihat & cergas. Alhamdulillah, (dengan izin Allah).

Tapi percubaan saya menggunakan set kesuburan shaklee untuk hamil juga gagal.

Di bawah ini adalah list set kesuburan yang saya gunakan. 

ESP

Protein adalah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Sel pembiakan akan terganggu jika protein tidak mencukupi dalam badan. ESP sebagai sumber protein sangat di sarankan untuk individu yang mempunyai masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat.

Vita Lea

Vita lea adalah multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vit Lea di rumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang di perlukan oleh orang dewasa. Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan sperma lelaki dan telur wanita atau ovum. Makanan yang kita makan setiap hari belum tentu cukup kandungan vitamin sebab tu la kita perlukan multivitamin untuk pastikan vitamin dan mineral cukup dalam badan.

Vitamin C

Memiliki tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormone seks dan kesuburan.

Alfalfa

Ini paling penting untuk wanita. Turut membantu hubungan suami isteri. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah ‘Miss V’ (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

GLA Complex

Sangat baik di amalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga di kenali sebagai ‘Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)’. Mukus ini medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks di lakukan selepas waktu subur. Juga mengecutkan cyst jika ada.

Vitamin E

Terkenal sebagai ‘vitamin seks’. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikal & dukus seminal. Selian itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Makan, supplimen selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Omega Guard

Shaklee omega guard diekstak dari ikan laut air sejuk. Ia bukan minyak hati ikan. Omega guard shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Asid lemak di dalam omega guard shaklee boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.

Omega guard shaklee dapat mencegah insomia dan membantu mengurangkan tekanan. Salah satu situasi yang sering di hadapi wanita yang tidak berjaya hamil. Satu hidangan omega guard shaklee dapat membekalkan 905 mg asid lemak omega -3 EPA & HDA.

Masih GAGAL……
Walaupun dah mencuba untuk hamil dengan set kesuburan shaklee. Tapi… Allah masih belum memberikan rezeki untuk saya hamil dengan supplemen ni. Walaupun begitu, saya masih teruskan lagi makan supplemen ini sebab saya dapat rasa banyak perbezaan kepada badan saya.

Sedih…. Tapi kami masih tidak mengalah. Usaha usaha usaha & Doa Doa Doa… Minta dengan Allah sungguh-sungguh, sesungguhnya Allah yang maha memberi. Dan tak lupa usaha dan ikhtiar.

Dan percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Malah, kami juga berusaha meminta kepada Allah supaya di kurniakan zuriat di depan kaabah semasa kami ke umrah pada tahun 2014. Tapi Allah masih belum memberikan rezeki kepada saya untuk hamil. 



Kami tetap redho walaupun belum di kurniakan rezeki hamil. Kami yakin Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk kami. Jadi, kami tidak boleh mengalah & kami harus teruskan usaha usaha usaha walaupun terkadang kami buntu juga apa yang perlu kami lakukan seterusnya.

Walaupun begitu, kami tetap consume supplimen shaklee.

Kenapa Saya masih lagi consume Shaklee walaupun tak hamil?


Sebenarnya semenjak saya kenal shaklee, saya banyak terdedah dengan banyak maklumat kesihatan sebab saya selalu pergi ke kelas nutrisi. Dari situ saya tahu kenapa pentingnya kita perlu ambil supplimen. Antara sebab kita perlu ambil supplimen adalah
  • Kita tidak bersenam secara konsisten
  • Kita ada mengambil makanan “fast food”
  • Kita terdedah kepada asap dan pencemaran
  • Kita tak makan sayur dan buah yang di tanam sendiri yang tidak terdedah kepada racun serangga

Sebab saya tak boleh “meet” 4 kriteria di atas lah saya teruskan pengambilan supplimen sehingga sekarang.

Ok kita sambung lagi cerita saya..hehe

Dalam menjalani hidup seperti biasa dengan masih berusaha menggunakan supplimen dan perubatan islam, saya di rekemenkan oleh seorang kawan untuk cuba berjumpa Doktor pakar di KPJ Damansara. Saya pun cuba la jumpa sebab kawan saya sangat syorkan saya pergi. Lepas Doktor check, saya di sarankan untuk buat operation. Seram… Kami kurang berkenan dengan operation yang di sarankan. Jadi kami cakap biar kami fikir dulu.

Dalam masa yang sama kami cuba pergi ke Doktor lain untuk dapatkan “second opinion” iaitu Doktor Medina dari KPJ Ampang Puteri. Kata Doktor Medina, di sebab kan saya dah cuba macam macam procedure yang biasa tu masih belum berjaya, jadi saya sekarang perlu buat operation. Lagi sekali kami cakap kami nak fikir dulu.

Masih lagi belum di berikan rezeki untuk saya hamil 

Dapat Idea Baru Beberapa Bulan Sebelum Saya Disahkan Hamil

Ini adalah kemuncaknya bagaimana saya berusaha untuk hamil & akhirnya alhamdulillah berjaya dengan Izin Allah S.W.T.

Setelah berusaha dengan pelbagai cara tidak menjadi. Akhirnya saya terdetik untuk mencuba sesuatu yang belum saya pernah cuba sebelum ini.

Sebenarnya bukan lah baru sangat benda ni. Cuma perkara ni baru terlintas di fikiran untuk mencubanya.

Saya ada bertemu dengan seorang doktor secara kebetulan di suatu tempat. Doktor ni menceritakan kisah ayahnya yang menghidap kencing manis tetapi telah pulih selepas menggunakan satu supplimen ni. Kata doktor tersebut, supplimen yang di berikan kepada ayahnya sangat bagus sebab supplimen tu berupaya untuk “Reverse Back” kerosakan yang berlaku pada organ.

Sebenarnya, saya dah tau lama pasal supplimen tu. Suplemen tu namanya adalah vivix dan ia juga adalah produk shaklee. Saya pernah juga cuba sebelum ini, cuma tak disiplin makan je.
Tapi tak tau kenapa macam baru ter trigger dalam kepala saya ni masa doktor tu cerita tentang ayahnya.

Saya fikir kalau saya consume hari hari secara consistent supplemen tersebut, mungkin boleh membantu merawat masalah PCOS saya dan sekaligus memudahkan saya untuk hamil.

Ya!! saya terus cakap pada diri saya yang saya mesti cuba.

Kali ni saya nekad untuk consistent. Saya WAJIBkan setiap hari kena ambil Vivix ni, kalau tertinggal tu rasa macam bersalah sangat. Di samping itu, saya juga tetap ambil set kesuburan shaklee juga untuk membantu memudahkan saya hamil. (tersenarai di atas tadi)

Sejak ambil Vivix secara consistent, badan saya rasa makin sihat dan segar. Period saya juga semakin teratur. Sebelum ni saya tak boleh kira apakah cycle period saya sebab terlampau bercelaru.

Tapi kali ini alhamdulillah, dengan izin Allah dah boleh kira. Cycle saya 42 hari.

Bagi saya, perubahan ini sudah sangat baik berbanding sebelum ini yang 3-4 bulan baru period.

Selepas 2 kali period saya konsisten, bulan seterusnya period saya lambat. Saya duk rasa badan saya kurang sihat, sakit belakang, sakit pinggang, sakit pinggul, sakit kaki, lenguh-lenguh badan semua ada.

Ada jugak symptom pening kepala, rasa loya-loya dan seram sejuk. Nak kata demam tak demam tapi badan tu rasa sejuk-sejuk.

So, Mr Hubby bawa saya ke klinik untuk periksa apa masalah saya.

Bila doktor check semua tak ada masalah. Doktor cakap mungkin angin dan sakit muscle. Saya cuba jugak check UPT tapi negatif. Dah biasa dah dengan negatif hamil kan, so saya redha. Lepas tu saya buat biasa-biasa je walapun kadang-kadang saya rasa tak sedap badan.

Symptom nak period pun kadang-kadang jadi macam ni. Jadi saya anggap ini adalah symptom nak period. Makan pun berselera lebih daripada biasa. Tapi ni pun ada juga terjadi masa nak period iaitu PMS.

Tapi satu hari tu saya tak tahan sakit pinggang, saya risau pula, takut batu karang ke…huhu..Saya pergi pulak klinik lain. Doktor ni lebih detail, dia check urine dan hantar ke makmal untuk tau result yang lebih tepat. Dalam masa yang sama nurse check UPT jugak dan keputusannya negatif “hamil”. Selepas beberapa hari nurse pun bagitau result yang semuanya ok. Alhamdulillah saya tak ada apa-apa penyakit.

Selepas itu saya pun buat tak tahu je la. Tapi saya rasa pelik, bila sampai masa patut period, period tak keluar jugak. Perut dah rasa sakit macam nak period..huhu..apakah masalah saya sebenarnya.. dah buat saya makin risau.

Hari Bersejarah (Dapat Tahu Saya Hamil)

Sehingga di pagi jumaat yang barakah dan mulia, pada tarikh 9 September 2016, entah apa mimpi nak check UPT di pagi-pagi buta pukul 4 pagi. Masa tu Mr Hubby tengah sedap tidur. Saya dengan mamai pergi ambil UPT untuk check. Macam biasala kan, saya memang tak memberi apa-apa harapan tapi tetap nak check jugak..hehe

Masa saya titikkan urine kat UPT tu, mula-mula satu line, macam biasa. Saya pun macam biasa rilex je, tiba-tiba saya tengok ada lagi satu line keluar, merah pekat menyala pulak tu, bukan samar-samar tau. Eh eh ..betul ke apa yang aku tengok ni. Siap gosok-gosok mata bagai. Aku mimpi ke reality ni. Terus la saya menjerit dan tunjuk kat Mr Hubby.

Mr Hubby terpinga-pinga bangun tengok saya tunjuk UPT tu. Saya terus menangis dan cakap kat Mr Hubby, “B, Alhmdulillah saya dah hamil” sambil menangis kegembiraan. Apalagi kami terus berpelukan kegembiraan sambil menangis. Tak dapat nak ucap dengan kata-kata betapa gembirannya kami dengan Rezeki Allah kali ni. Anugerah yang bernilai Allah bagi kami. Kami tunggu selama hampir 6 tahun. Kami tak putus ucap syukur kepada Allah.

Selepas selesai segala sandiwara, terus ambil wuduk dan sujud syukur serta Solat Tahajud dan solat-solat sunat yang lain. Tanda bersyukurnya kami kepada Allah. Allah maha hebat, maha agung. Kami hanya berusaha, ikhtiar dan berdoa. Selebihnya bertawakkal kepada Allah.


Pagi tu kami pergi ofis macam biasa. Pagi jumaat yang mulia, saya terus telefon ma saya tentang berita gembira. Ma menangis kegembiraan. Mana taknya dapat cucu dari anaknya yang sudah lama mengharapkan zuriat ini. Petang tu kami terus singgah ke klinik pakar sakit wanita.


Alhamdulillah, doktor scan dengan ultrasound dan mengesahkan yang saya mengandung 5 minggu. Muka Mr Hubby ceria dan senyum tak henti-henti. Doktor pesan, baby awak masih awal lagi, jaga elok-elok. Jangan lasak sehingga 12 minggu. Masa 12 minggu tu InshaAllah baby dan kuat.

Sebelum saya tahu saya hamil saya punya la aktif. Penuh dengan aktiviti-aktiviti Shaklee setiap hujung minggu. Angkat berat la, buat keje-keje berat la. Syukur Allahdulillah, Allah melindungi baby saya walaupun saya lasak masa tu.


Alhamdulillah, saya mengandung secara normal dengan mengamalkan supplimen shaklee yang semulajadi tanpa bahan sintetik tanpa perlu pembedahan.

Syukur Ya Allah. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas doa-doa anda. Ibu bapa, ibu mertua, saudara mara dan kawan-kawan yang tak putus-putus doa untuk kami. Kami ucapkan jutaan terima kasih atas doa kalian.

Kami tahu Allah lah yang memberi rezeki ini.. Tapi kami sangat yakin, mungkin vivix adalah asbabnya.

Sebab apa??

Selain dari keupayaan vivix yang boleh “Reverse” kerosakan organ. Ia juga mempunyai kelebihan berikut. 

  • Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan, maka berkuranglah ‘Oxidative Damage’. Dengan kata lebih mudah ia mengurangkan risiko sel menjadi rosak.
  • Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang ‘dilindungi’ ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk survive, membesar dan di senyawakan. Ia juga mempunyai salah satu mekanisme untuk memperbaiki sel-sel yang telah rosak atau abnormal.
  • Jika vivix di amalkan oleh suami dan isteri pula, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur yang di hasilkan dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.
  • Vivix bertindak untuk memperbaiki sel dan DNA badan kita. Bila sel sihat, organ pun sihat dan InshaAllah lebih tinggi peluang untuk hamil.

Bagaimana vivix membantu dalam masalah PCOS untuk Hamil?


Vivix shaklee mempunyai ANTIOKSIDAN yang tinggi.

Kajian terkini menunjukkan bahawa wanita PCOS mempunyai lebih risiko utnuk mengalami Tekanan Oksidatif, berbanding wanita biasa.

Tekanan Oksidatif adalah satu keadaan yang mana ia meningkatkan Produksi Pengoksidaan di dalam sel yang di sebabkan oleh pembebasan radikal bebas dan menyebabkan pembiakan sel terbantut.

Radikal bebas juga boleh mengakibatkan beberapa penyakit lain termasuk cancer dan penuaan pra matang

Jadi penggunakan vivix secara consistent dapat membantu menyelesaikan masalah tekanan Oksidatif seperti yang saya terangkan di atas.

Terkini : 19 May 2017


Semalam punya cerita..

Alhamdulillah Umar dah umur 31 hari masa pergi cucuk sebulan.

Umar memang sado, cucuk pun nangis sikit je.. hehe.. Anak mommy Good Boy 😀

Lepas check semua, Alhamdulillah semua dalam keadaan sihat dan normal ibu dan anak. 😇

Berat Umar naik dari 2.1 kg ke 2.6 kg. Naik 500 gram. Syukur. Semoga naik secara normal dengan sihat.

Berat mommy lak turun 12.1 kg. Lagi 1.9 kg nak ke berat asal. Alhamdulillah. Tapi tapi saya tak diet tau. Kesian baby nanti takut effect susu.

Saya amalkan pemakanan seimbang dengan makanan berpantang bersama set berpantang dan menyusu Shaklee untuk pastikan cukup nutrien dan zat untuk ibu dan baby. 😁

Makanan berpantang saya seimbang, ada sayur, buah, nasi dan protin tapi no oil, santan, pedas, makanan berangin dan sejuk. Semua bakar dan rebus...😅

Semoga kami sihat sokmo☺️

#babyshaklee #setberpantangdanmenyusushaklee #day32confinement
 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Set Kesuburan Lengkap dan Vivix, sila hubungi saya di :
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  
Dengan setiap pembelian produk anda layak untuk mendapat konsaltansi tentang pengambilan supplement secara berterusan.

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.